Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com

Ada Dalang Dalam MH370?

Berikut adalah terjemahan kenyataan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung insiden MH370 : Tujuh…

Ada Dalang Dalam MH370? Ada Dalang Dalam MH370?

SPAD: Pengangkutan Rel Terus Dipertingkatkan

Kuala Lumpur, 30 November – Sistem pengangkutan awam darat yang komprehensif dan efektif merupakan faktor penting dalam membina…

SPAD: Pengangkutan Rel Terus Dipertingkatkan SPAD: Pengangkutan Rel Terus Dipertingkatkan

SPAD Anjur Simposium Pengangkutan Awam Darat 2013

Kuala Lumpur, 28 November – Dalam usahanya untuk memastikan pengangkutan awam menjadi mod pilihan rakyat pada masa hadapan,…

SPAD Anjur Simposium Pengangkutan Awam Darat 2013 SPAD Anjur Simposium Pengangkutan Awam Darat 2013

Koridor BRT Strategi Atasi Kesesakan Lebuhraya Persekutuan

Kuala Lumpur, 27 November - Melebar atau menambah jalan bukanlah penyelesaian terbaik untuk mengurangkan kesesakan. Cara yang lebih…

Koridor BRT Strategi Atasi Kesesakan Lebuhraya Persekutuan Koridor BRT Strategi Atasi Kesesakan Lebuhraya Persekutuan

Transformasikan Pasar Chow Kit

Chowkit1Cerita pasal Chow Kit ini, teringat persembahan bersejarah pada 15hb April 1986. Persembahan seniman negara Allahyarham Sudirham Hj Arshad yang menjadi satu perhimpunan rasaksa dengan lebih 100,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat datang memenuhi setiap ruang di sepanjang Jalan Chow Kit.

Chowkitsudirman

100,000 menyaksikan konsert Sudirman di Chow Kit

Ada yang sanggup memanjat bangunan, tiang lampu dan pokok-pokok untuk melihat persembahan tersebut dengan lebih jelas. Sorakan pengunjung menjadi  gemuruh apabila lagu "Chow Kit Road" dinyanyikan. Kedengaran suara penonton mengikut lirik lagu tersebut dan ramai serentak menyayikan bahagian lirik "..Ha ha..ha ha..ha ha..".

"Chow Kit Road..
 Chow Kit Road..
...
Di tengah bandaraya orang merata rata
Dari segala bangsa tua atau muda
Ada yang berkereta ada yang jalan saja
Ada yang cuci mata ha ha ha ha ha ha..."


Namun di dalam keriuhan warga kota dan kepesatan pembangunan, dicelah-celah Chow Kit ini terdapat sebuah lokasi yang menyimpan seribu sejarah tersendiri. Tempat yang dimaksudkan adalah Pasar Chow Kit di Jalan Raja Bot.

Pasar basah Chow Kit ini merupakan antara lokasi pasar tertua di Kuala Lumpur sebaris dengan pasar-pasar yang lain seperti Central Market. Mungkin ramai yang tidak tahu, Central Market adalah merupakan sebuah pasar basah sejak dari tahun 1888 sebelum ianya diubah menjadi pusat kesenian dan kebudayaan pada 1970an.

ChowKit2ChowKit3

Keadaan Pasar Chow Kit

Sayangnya perubahan yang ketara pada Central Market ini tidak dapat kita lihat di pasar Chow Kit. Bukanlah kita minta ia diubah menjadi pusat kesenian atau pusat membeli-belah. Kita ingin melihat sebuah konsep pasar moden dibangunkan supaya suasana lebih selesa dapat dirasai dikalangan perniaga dan pengunjung.

Pasar_Basah_MacauContoh Pasar Basah Moden di Macau

Setelah berkunjung sendiri ke pasar Chow Kit, saya dapati beberapa masalah ketara yang di hadapi oleh pengunjung dan peniaga.

Masalah yang dialami pengunjung:
- Struktur lantai simen yang rosak sehingga banyak lopak dan takungan terbentuk jesteru membahayakan perjalan kaki.
- Jalan berhimpit kerana laluan pejalan kaki di dalam pasar tersebut sempit.
- Laluan jalan raya yang selalu sesak kerana kenderan berhenti sesuka hati.
- Tiada ruang letak kereta yang mencukupi.
- Keselamatan pengunjung dari penyeluk saku.

Masalah dialami peniaga:
- Ruang memunggah barangan agak sempit untuk kenderaan besar seperti lori
- Pemunggahan barangan perlahan kerana laluan dikongsi dengan pengunjung pasar
- Saluran pembuangan sisa bahan mentah yang tidak sempurna
- Bumbung bocor menyukarkan perniagaan ketika hujan
- Tiada sistem pembuangan sampah yang sempurna
- Kurang pengcahayaan didalam kawasan pasar
- Tiada sistem pengudaraan yang sempurna

TPM1
Pada 17 Julai 2011 Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melakukan lawatan mengejut ke pasar Chow Kit. Muhyiddin dengan sendiri telah mendapatkan maklum balas secara terus daripada peniaga dan pengunjung tentang masalah yang dihadapi. 

TPM4Daripada input yang diterima serta meneliti keadaan pasar Chow Kit itu sendiri, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan satu transformasi pembangunan dan penambahbaikan bakal dilaksanakan pada pasar Chow Kit. Perlaksanaan projek ini akan dipertanggungjawabkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Diharap projek pembangunan pasar Chow Kit ini tidak menjadi sebuah pembangunan syok sendiri untuk kepentingan peribadi. Kita tidak mahu masalah serupa timbul seperti apa yang telah berlaku pada pasar basah moden Kg Dato Keramat yang mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan. Malangnya selepas disiapkan pasar moden itu tidak dapat beroperasi sehingga kini.

Antara isu yang dibangkitkan adalah mengenai saiz ruang niaga, harga sewa dan kurang promosi. Pihak DBKL perlu mengumpul pandangan daripada setiap para perniaga supaya pembinaan bagi pasar Chow Kit ini selari dengan hasrat mereka. Manakala Peniaga juga janganlah menuntut mengikut nafsu dan bukan-bukan sehingga menidakkan penyelesaian. Biarlah satu keputusan menang-menang dan kesepakatan dapat dibentuk supaya permodenan pasar Chow Kit ini dapat dirasai bersama.

 

 

TPM5TPM3

TPM bertemu bual bersama rakyat di sekitar Chow Kit

 

 

Gambar:

http://3.bp.blogspot.com/_u3vKyogkXtM/SeJhcEBWykI/AAAAAAAAPCM/PHnDclE9InE/s400/ru_07.3.jpg

http://1.bp.blogspot.com/-AnMbIyKQE0E/TWOLZ760nmI/AAAAAAAAIRw/S7ZYfBG1HLk/s1600/perjalanan-hidup-sudirman-didokumentarikan.jpg

http://3.bp.blogspot.com/_3l--LsGZYFY/TTqYUOb7OhI/AAAAAAAAEvw/MzyLXZC_AYY/s1600/P1070761.JPG

We have 6 guests and no members online