Varieti Durian Malaysia

durian-1

Varieti durian mula direkodkan pada tahun 1934 oleh Jabatan Pertanian. Kini terdapat 13 jenis durian yang popular di kalangan pengusaha tanaman durian di Malaysia.

Jenis durian yang popular mempunyai kualiti buah yang baik, hasil pengeluaran yang tinggi dan ketahanan terhadap penyakit.

Berikut adalah senarai varieti durian:

D24

D24
Tekstur daun lembut dan urat daun sedikit timbul. Daun seakan-akan bentuk sampan. Buah sederhana besar dan bulat. Kulit hijau muda, nipis dan mudah dikopek. Isi tebal, kuning, lemak manis dan sedikit pahit.

D99 (Kop Kecil)

D99
Tekstur daun keras dan urat daun ketara timbul. Buah sederhana besar dan bulat. Kulit hijau gangsa, nipis dan berduri halus. Isi sederhana tebal lembik, kuning, manis dan berbau sederhana.

D123 (Chanee)

D123
Daun kecil dan bulat. Tunas ketiak berkembang pada daun matang dengan ketara. Buah besar dan panjang. Kulit hijau perang dan berduri kasar. Isi tebal, halus, kuning, lemak manis dan berbau sederhana.

D145 (Beserah)

D145
Terdapat beberapa lai daun melentik ke atas. Buah besar dan bulat. Kulit hijau dan nipis. Isi sederhana tebal, halus, kuning, lemak manis dan berbau sederhana.

D158 (Kan Yau)

D158
Bahagian atas lai daun lebar daripada bahagian tengah ke pangkal daun. Buah sederhana besar dan bulat. Kulit hijau muda, nipis, sukar dikopek dan berduri halus. Isi tebal, kuning, lemak manis dan sedikit pahit.

D159 (Mon Thong)

D159
Tepi daun berombak. Hujung daun panjang lebar dari bahagian atas lain daun.Buah besar, bujur panjang, bergelugur dan hujung buah tajam. Kulit perang kehijauan. Isi tebal, lembut, kuning dan lemak manis.

D168 (Hajjah Hasmah atau IOI)

D168
Daun kecil, tirus dan tebal. Buah sederhana besar dan bulat. Kulit hijau perang dan mudah dikopek. Isi tebal, lembut, kuning dan lemak manis.

D169 (Tok Litok)

D169
Tekstur daun keras dan permukaan daun berombak. Buah sederhana besar dan bujur panjang. Kulit hijau kekuningan dan berduri panjang. Isi tebal, lembut, kuning, lemak manis dan sedikit pahit.

D175 (Udang Merah)

D175
Daun nipis dengan permukaan atas licin dan berkilat. Urat daun tidak timbul. Buah sederhana besar dan bujur. Kulit hijau perang dan berduri pendek. Isi tebal, lembik, kuning dan lemak manis.

D188 (MDUR 78)

D188
Bentuk daun seperti D24 kecuali tekstur daun sederhana keras.Buah sederhana besar dan bulat membujur. Kulir hijau muda kekuningan dan tebal. Isi tebal, halus, kuning dan lemak manis.

D190 (MDUR 88)

D190
Terdapat dua bentuk daun, berbentuk seperti D24 kecuali tekstur daun sederhana keras dan berbentuk seperti D7. Buah sederhana besar dan bulat. Kulit hijau kuning. Isi tebal, halus, pejal, kuning emas dan lemak manis.

D189 (MDUR 79)

D189
Daun sederhana keras. Bahagian tengah daun lebih lebar daripada hujung dan pangkal. Buat sederhana besar dan bulat. Isi tebal, halus, kuning jingga dan lemak manis.

D197 (Raja Kunyit atau Musang King)

D197

Daun tirus dan tepi berombak. Buah sederhana besar dan bulat membujur. Kulit hijau muda. Isi tebal, kuning, lemak manis dan pahit.

Bagi memperolehi anak benih klon varieti durian yang tulen dan berkualiti, sila dapatkan di nurseri tanaman yang menyertai Skim Pengesahan Bahan Tanaman Jabatan Pertanian.

Sumber: Jabatan Pertanian

 

We have 7 guests and no members online