Kedai Kain Rakyat 1Malaysia lebih murah daripada harga pasaran

KKR1M-02Tudung Ekin dengan harga RM3 sehelai atau RM10 untuk lima helai? Atau kain sarong pelikat dan batik dengan harga RM6, kain ela serendah RM6 semeter, sepasang baju kurung dan Melayu serendah RM15 dan sejadah baldu RM7 sahaja?

Macam tak percaya bukan? Kalau tak percaya, luangkan masa dan pergilah ke Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) di Jalan Lagenda Suria, Taman Lagenda Suria di Batu 14, Hulu Langat, Selangor.

KKR1M-04

Kain-kain yang dijual di KKR1M adalah jauh lebih murah dibandingkan dengan gedung besar di ibu negara. Selain kain ela, produk lain yang boleh didapati di situ ialah baju Melayu, Baju Kurung, tudung, kemeja, blaus, selimut, baju sekolah, langsir dan macam-macam lagi keperluan hiasan rumah.

KKR1M dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, pada Sabtu dan sebaik selepas majlis perasmian itu, orangramai berasak-asak masuk. Kain-kain tudung Ekin yang dijual dengan harga RM10 untuk lima helai habis dalam sekelip mata!

KKR1M-03 KKR1M-01

Bagi penduduk di luar kawasan Hulu Langat, tak perlu risau kerana Perdana Menteri mengumumkan 30 buah KKR1M akan dibina di seluruh negara dalam masa dua tahun.

 

 

We have 8 guests and no members online