Memperkasa Kreativiti Generasi Baru (MKGB)

KRU01Bukan sekadar tajuk berita, kerana ini merupakan tema bagi tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh pihak KRU kepada negara.

Majlis pelancaran program MKGB ini telah berlangsung di KRU Studios, Cyberjaya dan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Matlamat utama KRU pimpinan Norman Abdul Halim bersama Yusry dan Edry adalah untuk melahirkan generasi kreatif yang berkualiti yang bertepatan dengan kehendak industri ini.

KRU03

Sejak tertubuh pada 1993, KRU telah berjaya mencipta nama dan merangkul pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara.

Kini sudah tiba masanya KRU menjalankan tanggungjawab sosial dengan menyumbangkan segala kepakaran dan pengalaman yang dimiliki kepada masyarakat.

KRU04

Pelancaran program ini turut menunjukkan kesungguhan KRU untuk menjadi sebagai sebahagian penyumbang dalam menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Program CSR ini telah dibahagi kepada 3 iaitu:
1> BIASISWA
Biasiswa RM1,000 bagi murid Sekolah Menengah
Usaha ini diharap dapat mengurangkan beban kewangan sekaligus mencetus semangat mereka untuk menduduki peperiksaan SPM dan PMR.

Bagi tahun 2012, sebanyak 28 murid telah layak menyertai program ini yang terdiri dari pelbagai kaum.

Kriteria bagi menyertai program:
- Warganegara Malaysia
- Menduduki peperiksaan SPM atau PMR pada tahun 2012
- Mempunyai latar belakang akademik yang baik
- Mempunyai bakat seni
- Dari keluarga yang kurang berkemampuan

Biasiswa RM10,000 untuk kursus di Akademi KRU
Akademi KRU menyediakan kursus-kursus CGI khususyna kesan khas visual, animasi 3D dan animasi 2D. Pelajar yang dipilih adalah dari Sekolah Seni di bawah Kementerterian Pelajaran Malaysia. Pada sesi 2013, seramai 10 pelajar lepasan SPM sekolah seni akan terpilih menerima tajaan ini.

2> Anugerah Kreatif KRU
Ia akan menjadi acara tahunan dalam mencungkil bakat mengikut peringkat umur iaitu bawah 15 tahun, bawah 18 tahun dan bawah 21 tahun. Pemenang setiap kategori akan menerima trofi, wang tunai dan sijil serta berpeluang menyertai industri media di KRU Studios.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30hb September 2012 untuk maklumat lanjut bolehlah melayari www.facebook.com/anugerahkreatifkru

3>Hari Kerjaya KRU
Menjalankan usaha sama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, KRU akan mengadakan ceramah kerjaya di dalam industri kreatif bermula pada September hingga Oktober 2012. Sebanyak 5 buah sekolah menengah akan dipilih bagi memberikan pendedahan kepada pelajar, guru dan ibubapa mengenai prospek kerjaya industri kreatif.

"Apa yang diusahakan oleh Kumpulan Syarikat KRU sememangnya adalah tepat pada caranya dan masanya. Saya percaya usaha ini juga akan membantu Industru Kreatif secara keseluruhannya melebarkan sumber modal insan yang terlatih, berbakat dan sesuai dengan perkembangan teknologi seta keperluan kepakaran semasa". Jelas Muhyiddin Yassin.

KRU02

Semoga lebih banyak syarikat korporat industri kreatif melaksanakan tanggungjawab sosial seperti KRU kelak. Tahniah KRU!

 

We have 15 guests and no members online