Bendera Persekutuan Tanah Melayu

Bendera-PTM-03Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948, dirasakan perlu diadakan sebuah bendera sebagai lambang kepada kewujudan Persekutuan tersebut.

Penciptaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diilhamkan melalui satu pertandingan mereka cipta bendera yang dianjurkan di peringkat kebangsaan. Pertandingan ini telah dikelolakan oleh satu Jawatankuasa Khas yang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1948 dan dianggotai oleh:

Pengerusi: Sir Alec Newboult (Ketua Setiausaha Negara)

Wakil Sultan
Dato' Abdul Malek bin Yusuf ( Menteri Besar Negeri Sembilan)
Dato' Mahmud bin Mat ( Menteri Besar Pahang)

Wakil Menteri-menteri Besar
Dato' Onn bin Jaafar (Menteri Besar Johor)

Wakil Majlis Perundangan Persekutuan
Tunku Yacob Ibni Sultan Abdul Hamid
Encik Zainal Abiding bin Abbas

Wakil Negeri Selat
A.V Aston (Pesuruhjaya Residen Pulau Pinang)
H.H.Facer

Wakil Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Persekutuan
Mr. Yong Shook Lin

onn jaafar

Dato On Jaafar

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini telah menerima sebanyak 373 corak bendera untuk dikemukakan kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk dipertimbangkan dan pemilihan. Dari jumlah tersebut, hanya tiga rekaan sahaja telah dipilih untuk disenarai pendekkan. Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.

Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam 2 bulatang mengelilingi kers bersilang, tersebut. Reka bentuk ketiga ialah jalur 11 biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri.

Daripada rekaan-rekaan tersebut, rekaan ketiga oleh Mohamed Bin Hamzah arkitek Jabatan Kerja Raya Johor telah mendapat pilihan majoriti. Pemilihan bendera ini telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950 setelah dibuat beberapa pindaan.

MohamedHamzah

Mohamed Bin Hamzah

Pada asalnya bulan sabit dan bintang adalah berwarna putih, tetapi atas cadangan Sultan Kedah dan persetujuan Raja-Raja Melayu yang lain, warna putih itu digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna Diraja.

Akhirnya pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu, seperti yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya bendera itu telah dikibarkan di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur. Majlis pengibaran bendera Persekutuan Tanah Melayu itu telah dihadiri oleh Sultan Selangor serta wakil-wakil iaitu:
- Haji Abdul Wahab bin Abdul Aziz (Menteri Besar Perak).
- Dato' Mahmud bin Mat (Menteri Besar Terengganu),
- Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmud (Menteri Besar Kelantan),
- Raja Haji Ahmad bin Raja Endut (Menteri Besar Perlis)
- Tunku Ismail bin Tunku Yahya (Menteri Besar Kedah)
- Dato' Abdul Malek bin Yusuf (Menteri Besar Negeri Sembilan).

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh Sir Hendry Gurney (Persuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu) bagi pihak pembesar-pembesar negeri pada jam 9.30 pagi.

henryGurney

Sir Hendry Gurney

Bermula dari saat yang bersejarah itu, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai benderanya sendiri yang menjadi lambang kemegahan serta simbol sebuah negara yang mempunyai rakyat yang bersatu padu.

Apabila negara mencapai kemerdekaan, sekali lagi ucapan rasmi menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diadakan. Tepat jam 12.01 malam 31 Ogos 1957, bertempat di Padang Kelab Selangor, Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dengan megahnya bagi menggantikan bendera Union Jack.

Pic-turun UJ-01 Pic-Naik-Bendera-02

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh Encik Tahir bin Abdul Majid diiringi lagu kebangsaan iaitu lagu Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan kepada umum.

Bendera ini berukuran 6 kaki lebar dan 3 kaki penjang dengan enam jalur bewarna merah dan lima jalur berwarna putih. Sebelas jalur ini melambangkan perpaduan sebelas buah negeri Persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.

Bendera-PTM-03

Bendera Persekutuan Tanah Melayu sebelum kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura

Warna Merah, putih dan biru melambangkan negara ini sebuah negara Komanwel. Bulan dan bintang melambangkan agama Isalam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu. Warna kuning di bulan dan bintang melambangkan warna Diraja yang menandakan kedaulatan Sultan-sultan Negeri Tanah Melayu yang juga sebagai Ketua Agama Islam. perpaduan dan kerjasama negeri-negeri ini juga disimbolkan oleh bintang pecah sebelas.

Sumber: Arkib

 

We have 11 guests and no members online