Chong Wei Emas Di Hati Peminat

chong-wei-perakDatuk Lim Chong Wei masih dilihat terkilan tidak dapat membawa pulang emas pertama Olimpik buat negara. Namun segala usaha beliau tetap menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Ketibaan Chong Wei di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam menjadi saksi apabila disambut ribuan peminat yang telah memenuhi ruang balai ketibaan sejak 6 pagi lagi.

Pemenang pingat Perak Olimpik itu diiringi laungan "Malaysia Boleh" serta nyanyian lagu Negaraku dan Barisan Kita.

Chong Wei yang kalah 21-15, 10-21 dan 19-21 kepada Lin Dan tetap dihargai kerana bagi peminat beliau telah memberikan persembahan terbaik dalam saingan emas Olimpik.

Walaupun pingat Perak dikalung, beliau tetap Emas di hati peminat sukan badminton Malaysia.

Tahniah Chong Wei!

We have 7 guests and no members online