Bahaya Jerebu!

jerebuJerebu adalah zarah-zarah halus (partikel) yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar terapung dalam kuantiti yang banyak di atmosfera akibat pembakaran secara terbuka, asap dari kilang/kenderaan ataupun secara semulajadi.

Zarah halus itu akan disedut masuk ke dalam sistem pernafasan manusia, lantas mendatangkan kesan buruk kepada manusia, mahupun binatang.

Antara golongan yang berisiko tinggi mengalami kesan buruk daripada jerebu ialah:
1. Kanak-kanak
2. Warga emas.
3. Golongan berpenyakit asma, bronchitis,
4. Perokok
5. Pekerja yang terdedah kepada persekitaran berhabuk.

Antara kesan yang akan dialami bagi orang yang terdedah kepada jerebu ialah:
1. Jangkitan saluran pernafasan.
2. Radang paru-paru.
3. Asma (semput).
4. Sakit tekak (gatal di bahagian kerongkong)
5. Batuk yang kerap
6. Sakit mata
7. Alahan
8. Sukar bernafas
9. Kulit gatal
10. Sakit dada
11. Hidung berair

Apa yang harus dilakukan semasa jerebu ialah:

1. Gunakan penutup hidung dan mulut
2. Banyakkan minum air kosong (air yang sudah dimasak, galian atau suling.
3. Sentiasa mencuci tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
4. Kerap mandi.
5. Jika anda berada dalam kenderaan, gunakan penghawa dingin.
6. Jangan merokok di dalam rumah.
7. Tinggal di dalam rumah atau bangunan jika keadaan jerebu teruk di luar.
8. Kurangkan aktiviti di luar rumah.
9. Bagi surirumah, pastikan pintu dan tingkap sentiasa ditutup.
10. Golongan berisiko tinggi dinasihatkan bercuti di luar kawasan berjerebu sekiranya keadaan semakin teruk.

*Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

We have 11 guests and no members online