Elak Kafein

Kafein-01Kebanyakkan ibu bapa sudah peka untuk tidak memberikan anak-anak mereka air kopi kerana mengandungi kafein.

Malangnya tidak semua ibu bapa mengetahui yang minuman berkafein bukan sahaja terdapat di dalam kopi. Malah turut dikesan dalam teh, coklat, gula-gula, minuman bikarbonat dan biskut.

Tanpa disedari kita sebagai ibu bapa telah memberikan anak-anak kita makanan berkafein secara berlebihan.

Kafein-03 Kafein-04

Kafein ini adalah bahan semulajadi yang boleh diekstrak dari daun dan biji kebanyakan tumbuhan. Ia juga dihasilkan secara sintetik sebagai bahan tambahan makanan.

Tidak kira dewasa atau kanak-kanak, kesan kafein terhadap tubuh badan adalah serupa. Iaitu merangsang sistem saraf utama seperti berasa lebih peka dan cergas. Tapi kesan baik hanya pada kadar tertentu.

Kerana pengambilan kafein yang berlebihan akan menyebabkan seseorang itu berasa gementar, sakit perut, pening, sukar memberi tumpuan, sukar tidur serta peningkatan kadar degupan jantung. Itu pada golongan dewasa.

Kesan lebihan kafein pada kanak-kanak lebih membimbangkan, antaranya:
- Meningkatkan risiko kegemukan melampau sebanyak 60%
- Kekurangan kalsium dalam tubuh badan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat
- Kehilangan air dalam badan
- Ketagihan kafein

Ketagihan kafein berlaku tanpa disedari. Mungkin bagi sesetengah ibu bapa cara pemakanan anak-anak mereka adalah normal. Tapi jika anak-anak kerap inginkan makanan seperti coklat atau air soda bikarbonat. Menunjukkan salah tanda- tanda awal ketagihan.

Jalan terbaik membendung ketagihan adalah dengan mengawal pemakanan anak anda dan elakkan membeli makanan yang mengandungi kafein.

Galakkan anak anda meminum banyak air kosong, susu dan 100% jus buah-buahan bagi mengurangkan ketagihan.

Kafein-02

Di Malaysia, terdapat beberapa akta berkaitan kafein diwartakan seperti:
- Kandungan kafein dalam makanan sebagai bahan perisa dikawal di bawah Peraturan Makanan 1985.

- Peraturan 354 penggunaan kafein dalam minuman berperisa dikawal supaya tidak melebihi 200mg/liter.

- Peraturan 360 menyebut sebarang minuman berkafein hendaklah menyatakan dengan jelas pada label produk bahawa minuman keluaran mereka mengandungi kafein.

Dari kajian lain, kesan lebihan kafein juga menyebabkan:
- Gangguan fungsi saraf
- Fungsi otot terganggu
- Kesukaran bernafas
- Jatung berdegup tidak sekata
- Kerap buang air kecil
- Gastrik
- Telinga berdengung

 

We have 8 guests and no members online