Apa Itu Kanser?

SelKanserKanser atau Barah berlaku apabila sel dalam badan tidak dapat dikawal. Biasanya, sel dalam badan akan bertambah mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan.

Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal dan sekiranya tidak dirawat, selnya boleh merebak ke bahagian tubuh badan terdekat. Kadangkala sel kanser yang terpisah dari tempat asal ketumbuhan boleh merebak ke organ lain.

Kebanyakan kanser dirawat secara pembedahan, radioterapi (terapi sinar-X) atau kemoterapi. 

Rawatan Kemoterapi berfungsi dengan cara menghalang sel kanser daripada terus membahagi dan bertambah.

Sel kanser itu akhirnya rosak dan mati. Memandangkan ubat disuntik ke dalam darah, ubat itu juga boleh membunuh sel kanser di bahagian tubuh yang lain.

Ubat kemoterapi yang berlainan mempunyai kesan yang berbeza terhadap sel kanser. Oleh itu gabungan beberapa ubat mungkin digunakan untuk memberi kesan rawatan yang terbaik. Pada kebanyakan keadaan, beberapa ubat kemoterapi diberikan serentak kepada pesakit. Hanya dalam kes-kes tertentu, sejenis ubat kemoterapi sahaja yang digunakan dalam rawatan.

Kekerapan rawatan kemoterapi dan tempoh rawatan adalah bergantung kepada jenis kanser, ubatan yang diberikan, tindakbalas sel kanser terhadap ubat dan kesan sampingan ubatan. Pesakit biasanya akan melalui ujian darah, sinar-X sebelum diberikan rawatan kemoterapi.

*Sumber – Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

We have 14 guests and no members online