Kadar Bunuh Diri Membimbangkan

bunuhdiri001Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) merekodkan jumlah kematian akibat bunuh diri mencecah hampir Sejuta orang setiap tahun. Statistik menunjukkan seramai 16 dari 100,000 penduduk atau seorang dalam 40 saat membunuh diri setiap hari.

WHO dapati bahawa kadar kematian bunuh diri dunia telah meningkat 60% berbanding data 45 tahun lepas. Sesetengah negara mencatatkan kejadian bunuh diri tertinggi berlaku dalam umur 15 - 44 tahun dan ada juga dalam linkungan 10 - 24 tahun.

Angka ini hanya merekodkan insiden kehilangan nyawa tidak termasuk "cubaan membunuh diri" dimana jumlahnya lebih besar. Iaitu nisbah 20 cubaan berbanding satu kematian bunuh diri (20:1).

bunuhdiri1 bunuhdiri2

Kajian yang dijalankan menyatakan punca bunuh diri ini terdiri daripada mereka yang mengalami masalah mental ekstrem seperti tekanan perasaan, gangguan personaliti, ketagihan alkohol dan skizofrenia.

Selain daripada itu, di Eropah dan Amerika Utara menunjukan bahawa kemerosotan kesihatan menjadi punca kepada bunuh diri seperti gangguan sistem saraf, kanser, jangkitan HIV dan beberapa penyakit kritikal yang lain.

Di Malaysia, "National Suicide Registry Malaysia" (NSRM) menganggarkan hampir 500 kematian bunuh diri dicatatkan tahun lepas. Dengan purata 60 kejadian bunuh diri setiap bulan. Kementerian Kesihatan juga telah mengenal pasti belia yang berumur lingkungan 16 - 25 tahun mempunyai risiko tinggi membunuh diri.

bunuhdiri3 gantung

Perkara pernah menjadi punca bunuh diri di Malaysia adalah kerana beban hutang, krisis rumah tangga, kecewa bercinta, menghidapi penyakit kritikal, tekanan sosial (pelajaran/ tempat kerja), mangsa jenayah (cabul/ rogol), penyakit mental dan lain-lain.

Menurut NSRM majoriti mereka yang cuba atau membunuh diri ini tidak mempunyai latar belakang keluarga yang berpenyakit mental.

bunuhdiri4

Cara kematian bunuh diri pula yang pernah direkodkan adalah menggantungkan diri, memakan racun, memakan ubat terlebih dos (overdose), terjun (bangunan/ jambatan/ sungai), tembak diri, kemalangan yang disengajakan (berdiri di atas landasan), melemaskan diri (gas beracun/ asap), kejutan elektrik, mengelar pergelangan tangan dan lain-lain

 

Sumber:
http://www.foodmatters.tv/images/assets/antidepressants_suicide.jpg
http://myduit4u.blogspot.com/2009/03/profil-mangsa-bunuh-diri.html
http://www.sabahbloggers.com/facebook-suicide-malaysia

 

We have 12 guests and no members online