Jenis-jenis radiasi

radiasi-matahariAnda sudah mengetahui sumber radiasi iaitu dari semulajadi dan ciptaan manusia jika sudah membaca artikel "Apa itu radiasi?".

Kini ada yang bertanya, bagaimana sumber tersebut boleh menimbulkan radiasi? Apa yang membuatkan ianya beradiasi? Dan apa jenis radiasi yang dikeluarkan?

Untuk makluman pembaca, terdapat dua kategori jenis-jenis radiasi ini. Iaitu jenis "radiasi mengion" dan "radiasi tidak mengion".

Sebelum anda pening, apa yang perlu diketahui adalah istilah "ion" itu. Kamus dewan bahasa menyebut bahawa ion adalah atom ATAU kumpulan atom yang mempunyai tenaga atau cas elektrik.

Ini kerana di dalam individu atom-atom yang sangat kecil ini terdiri daripada gabungan zarah yang lebih kecil lagi, iaitu Neutron (tiada cas), Elektron (negatif) dan Proton (positif).

atom diagram

Didalam atom mengandungi zarah proton, elektron & neutron

Jenis-jenis radiasi yang akan diterang seterusnya amat berkait rapat dengan aktiviti pada tiga zarah ini.

molekulAir

Molekul air yang terdiri daripada atom oksigen dan hidrogen

Jenis radiasi mengion adalah di mana tindakbalas tenaga yang cukup untuk membebaskan satu elektron (negatif) daripada individu atom. Contoh radiasi jenis ini adalah x-ray, partikel Alpha dan lain-lain.

Dari sumber Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), menyatakan bahawa jenis radiasi yang biasa wujud di sekeliling kita adalah partikel Alpha, partikel Beta, sinaran Gamma dan Neutron. Semua ini adalah kumpulan radiasi mengion.

Manakala radiasi tidak mengion pula merujuk kepada tindakbalas tenaga yang tidak dapat membebaskan elektron namun memberikan getaran. Contoh radiasi jenis ini adalah lebih kepada bentuk gelombang mikro, infrared dan lain-lain.

Perlu diingatkan bahawa tindakbalas bagi membebaskan elektron ini boleh berlaku secara semulajadi dan juga melalui ciptaan manusia.

mengion

Sebagai contoh, sinaran matahari dikesan menghasilkan Gamma dan Beta apabila melepasi atmosfera bumi. Dua nama ini menunjukkan jenis "radiasi mengion" yang terbentuk secara semulajadi setelah sinaran matahari bertindakbalas dengan ozon bumi.

Sumber semulajadi yang lain adalah seperti elemen-elemen nadir bumi (rare earth) yang turut mengandungi jenis radiasi mengion. Berikut antara nadir bumi serta jenis radiasi yang dihasilkan.

Scandium - Beta
Yttrium - Beta, Gamma
Lanthanum - Beta
Europium - Beta
Thorium - Alpha
Cerium - Beta
Plutonium - Alpha

Bagi ciptaan manusia, sifat radiasi ini dihasilkan oleh manusia. Seperti tindakbalas uranium dalam reaktor nuklear bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik yang banyak membebaskan jenis radiasi mengion iaitu partikel Alpha.

Selain itu terdapat juga contoh lain ciptaan manusia, tapi menghasilkan jenis radiasi tidak mengion pula seperti gelombang mikro dari radio dan menara telekomunikasi.

menara-telekom

Maka dengan ini, sesuatu bahan atau aktiviti dianggap beradiasi apabila jenis radiasi mengion atau tidak mengion dikesan terhasil darinya.

Untuk info tambahan sila baca artikel "Mengenali Nadir Bumi" dan "Mengukur Tahap Radiasi".

radiation in perspective

 

We have 13 guests and no members online