Mengukur Tahap Radiasi

BacaanRadiasiJika anda mengatakan bahawa radiasi itu adalah bahan kimia, sisa radioaktif, nuklear, bom atom, kecacatan dan pencemaran. Anda sebenarnya tidak memahami sepenuhnya mengenai radiasi. Untuk lebih jelas sila baca artikel "Apa Itu Radiasi?". 

Jika anda sudah fahami konsep radiasi. Sekarang persoalan baru pula timbul, iaitu berapakah tahap radiasi yang kita terima sekarang ini? Bagaimana mengukurnya? Bagaimana menentukan samada tahap bahaya dan selamat?


radiasi-sekitar

Mari kita lihat unit-unit ukuran radiasi yang digunakan bergantung kepada aspek radiasi. Antaranya ialah unit curie (Ci), unit becquerel (Bq), unit rad, unit gray (Gy), unit rem dan sievert (SV).

Bagi mengukur radiasi yang dikeluarkan atau dipancarkan oleh bahan beradioaktif, unit curie (Ci) atau becquerel (Bq) digunakan.

Untuk mengukur kuantiti tenaga tersimpan dalam tisu manusia yang disebabkan oleh radiasi, unit rad atau unit gray (Gy) diguna pakai.

Manakala, unit rem dan sievert (SV) pula digunakan bagi mengukur risiko biologi yang terdedah kepada radiasi. Iaitu ukuran tahap risiko bagi individu untuk terjejas kesihatannya selepas terdedah kepada radiasi.

pisang

Pisang yang anda makan turut mengandungi elemen radiasi mikro

Menyebut semua jenis unit ukuran ini sudah cukup memeningkan pembaca. Sebabnya, mana satu yang patut digunakan?

Pada dasarnya semua boleh digunakan.

Namun, mengikut sistem penyeragaman antarabangsa (SI). Unit yang digunakan adalah becquerel (Ci), gray (Gy) dan sievert (Sv).

Tapi penekanan akan diberikan kepada, ukuran tahap radiasi yang mampu menjejaskan kesihatan manusia. Maka unit sievert (Sv) adalah paling sesuai dalam huraian seterusnya.

Unit sievert (Sv) inilah digunakan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia dalam mengukur tahap radiasi terhadap penduduk dan ianya telah dipecahkan kepada unit yang lebih kecil iaitu:

1 sievert (Sv) = 1000 miliSievert (mSv)
1 miliSievert (mSv) = 1000 microSievert (μSv)

CartaRadiasi-01

Carta Penerimaan Radiasi

Partikel radiasi ini amat halus untuk dikesan, maka pecahan unit yang lebih kecil ini dapat memberikan bacaan tahap radiasi dengan lebih tepat dan jitu.

Anda akan lebih kerap menemui unit-unit Sv, mSv dan μSv ini di dalam setiap laporan AELB dan IAEA.

Menurut kajian, had pendedahan radiasi untuk orang ramai yang diterima-pakai adalah 1 miliSievert setahun (1 mSv / tahun). Ini bersamaan dengan 0.001 Sv / tahun atau 1000 μSv / tahun. 

Perlu diingatkan bahawa had yang dinyatakan turut bergantung kepada kedudukan geografi "individu" dan "situasi" yang mana penerimaan radiasi boleh melebihi 1 mSv / tahun (Pengecualian kepada Gas Radon). Had efektif terbabit boleh meningkat dari lebih 1 mSv / tahun kepada > 5 mSv / tahun. Situasi begini diklafikasikan sebagai amat "JARANG" berlaku. (Rujukan SINI)

Jadual dibawah menunjukkan pendedahan radiasi berdasarkan aktiviti dilakukan dalam setahun:

JadualRadiasi

Jadual dibawah menunjukkan lain-lain situasi yang mendatangkan radiasi:

JadualRadiasi-Lain-lain

 

We have 14 guests and no members online