Jojo Rakit – Homestay atas Air

jj-rakit-01Anda ada rancangan nak memancing di hujung minggu, tetapi keluarga tidak berkongsi minat? Nak tinggalkan keluarga semata-mata untuk memenuhi hobi, hati terasa begitu berat. Nah! Jawapan kepada kekusutan anda ialah Jojo Rakit!

Di Jojo Rakit, anda boleh memenuhi hobi itu dan pada masa yang sama menggembirakan keluarga. Ini kerana Jojo Rakit menawarkan konsep inap desa (homestay) di atas laut! Sementara anda memancing, keluarga boleh menonton TV, berkaraoke bersiar-siar menaiki bot atau lepak sahaja di gazebo sambil menikmati pemandangan di laut.

jj-rakit-07

Jojo Rakit terletak di Tanjung Buai, Teluk Sengat. Jaraknya kira-kira 30 kilometer dari Bandar Penawar, Desaru. Tetapi daripada jarak itu, sembilan kilometer adalah melalui jalan kampung dan ladang kelapa sawit.

Jika datang dari arah Kota Tinggi, anda terus menghala ke pekan Teluk Sengat sejauh lima kilometer sahaja dan teruskan perjalanan ke simpang jeti Teluk Sengat/Tanjung Buai yang jaraknya tujuh kilometer. Dari situ anda menaiki bot ke Jojo Rakit yang cuma mengambil masa tak sampai lima minit.

jj-rakit-04

Dari Jojo Rakit anda boleh nampak Pasir Gudang, Masai dan Singapura. Jika menaiki bot, perjalanan ke negara jiran itu cuma mengambil masa 15 minit.

“Jojo Rakit sesuai untuk kaki pancing. Sementara sang suami memancing, isteri boleh memasak dan anak-anak boleh menonton televisyen atau berkaraoke. Ini kerana Jojo Rakit mempunyai kemudahan untuk seisi keluarga seperti karaoke, barbeque, dapur, kiosk menjual barang ringan, mini café, wakaf (gazebo) untuk sembahyang atau berehat.,” kata pengurus Jojo Rakit, Syed Ben Bella Syed Agil Al Habshee.

jj-rakit-03 jj-rakit-06

Selain itu, kata Bella, Jojo Rakit mempunyai lapan bilik dan tiga bilik air. Bilik besar yang boleh memuatkan lima orang Cuma RM100 sehari, sementara bilik sederhana RM80 dan bilik kecil RM70. Katanya setiap bilik dilengkapi katil, kipas dan televisyen di mana pengunjung boleh menonton kira-kira 20 saluran Indonesia, Singapura dan Malaysia dengan jelas.

dapur gazebo

ruang santai wakaf solat

Menurut Bella, Jojo Rakit menyediakan pakej bot untuk pemancing. Bagi sewaan bot enjin 30 kuasa kuda yang boleh memuatkan enam orang, sewanya ialah RM180 (termasuk pemandu + petrol), sementara bot enjin 40 kuasa kuda yang boleh memuatkan lapan orang, harganya RM200. Sewa untuk bot laju untuk bersiar-siar dan boleh memuatkan enam hingga lapan orang pula ialah RM300 dan kayak boleh disewa RM15 sejam.

jj-rakit-02

Selain itu kata Bella, Jojo Rakit juga menyediakan pakej sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Aktiviti lain yang disediakan ialah menjaring, menjala, merawai, bubu dan bento (ketam).

 

Jojo Rakit selalunya penuh waktu hujung minggu dan musim cuti. Maka, jika anda berminat ke sini, dinasihatkan untuk membuat tempahan sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal. Bagi mereka yang ingin menginap boleh menghubungi Bella di talian 013-7905485, 013-7754656 dan 013-7705220 atau emel rakitjojo(@)yahoo.com.

 

We have 6 guests and no members online