Ada apa di Batu Pahat?

BP01Batu Pahat, atau diterjemah secara literal dalam Bahasa Inggeris, bermaksud Chisel Stone, ialah satu daripada lapan buah daerah yang terdapat di negeri Johor.

Juga dikenali sebagai Bandar Penggaram, jaraknya dari Kuala Lumpur ialah 239 kilometer. Jika anda menggunakan GPS, koordinatnya ialah 1°5'U 102°56'T.

Di segi politik, sejarah yang terpahat di Batu Pahat ialah pada 21 Februari 1946 apabila Dato Onn Jaafar mengadakan mesyuarat ‘Pergerakan Daerah Batu Pahat’ untuk mengadakan perbincangan cara mendapatkan wang untuk menghantar wakil-wakil ke kongres Melayu bagi menentang penubuhan ‘Malayan Union’ yang dirancang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Satu lagi sejarah dicipta di Batu Pahat pada 2 Februari 1952 apabila ia menjadi tuan rumah persidangan Agung Setengah Tahun Perikatan Pemuda UMNO Malaya yang menetapkan tarikh kemerdekaan.

Menurut maklumat yang diperolehi dari Majlis Daerah Batu Pahat, daerah ini dulu dikenali sebagai Pulau Kundur dan pada 11 November 1893, Dato' Bentara Luar, Dato' Muhamad Salleh bin Perang dititahkan oleh Sultan Abu Bakar untuk membangunkan daerah ini.

BP03 BP04

Pengisytiharan rasmi menamakan bandar itu dengan nama Bandar Penggaram dibuat pada 1 Disember 1894.

BP02 BP08

Bagaimana Batu Pahat mendapat namanya?

Nama Batu Pahat dikatakan dikaitkan dengan peristiwa pada abad ke-15 apabila Tentera Siam memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Tentera Siam itu dikatakan dalam perjalanan hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat.

Apa yang menarik di Batu Pahat? Kalau nak cari tempat beriadah atau “main air” di bandar ini cuma ada Wet World yang terletak di Jalan Bukit Pasir.

Kompleks membeli-belah pula hanya ada dua yang “happening” iaitu Carefour yang terletak di Taman Flora Utama, dan BP Mall yang terletak di Jalan Kluang.

Beberapa tahun lalu, Summit Parade (Jalan Bakau Condong) jadi tumpuan, tetapi kebelakangan ini, keadaan tempat itu seperti “hidup segan mati tak mahu.”

Kalau nak makan nasi briyani, biasanya orang akan ke Nasi Briyani Mat Shah yang terletak bertentangan Hospital Pakar Putra, ataupun Briyani Power di Taman Soga, berhampiran Hospital Batu Pahat.

Bagi yang minat asam pedas pula, ada restoran Ali Asam Pedas di Jalan Syahbandar dan di Tanjung Labuh.

BP09 BP10

Ada sebuah lagi tempat yang asam pedasnya boleh tahan sedap, iaitu Asam Pedas Man Cathay yang terletak di Jalan Rahmat (bersebelahan pejabat pos/di belakang pejabat kesihatan).

Tetapi jika nak rasa sup “power” kena tunggu waktu malam dan pergi ke BP Walk di Jalan Rahmat. Gerai sup ini terletak di HSBC bank berhadapan pejabat pos.

Kalau nak cari tempat untuk bersarapan, jika anda memintai roti canai Melayu, silalah ke Tasik Y, berdekatan High School Batu Pahat ataupun pekena lontong basah atau lontong kering di Taman Kenangan Datuk Onn (tapak pesta) yang terletak berhampiran IPD Batu Pahat.

BP11

Tasik "Y"

Bagi golongan yang suka berjalan pada waktu malam bolehlah ke BP Walk di Jalan Rahmat. BP Walk mula dibuka 6 petang dan tutup jam 1 pagi pada hari biasa dan 3 pagi pada Jumaat dan Sabtu.

Golongan yang meminati barang-barang antik dan unik, bolehlah ke Pasar Karat yang terletak di jalan Fatimah, Di situ macam-macam ada. Barang-barang daripada zaman datuk nenek moyang pun banyak.

pasar karat

Di Pasar Karat juga banyak dijual pakaian bundle kanak-kanak dari RM1 sehelai ke atas, serta pakaian orang dewasa dari RM5 ke atas.

Selain itu, jangan terkejut apabila melihat peti ais, mesin basuh dan pelbagai barangan elektrik “second-hand” turut dijual.

BP05 BP06

Pasar Karat

Tetapi Pasar Karat hanya meriah pada waktu pagi dan menjelang tengahari ramai peniaga sudah tutup kedai. Ini kerana peniaga yang sama akan bergegas pulang ke Rengit, Pontian.

Pasar Rengit terletak di Rengit, yang jika memandu, memakan masa kira-kira sejam perjanalan dari Batu Pahat. Ia hanya dibuka pada sebelah petang hingga malam.

Tetapi rasanya lebih selesa membeli belah di bandar Batu Pahat kerana jalan masuk ke Pasar Rengit memang teruk sedikit – sempit dan bila hujan, becak dan berlumpur.

Kalau sudah penat membeli-belah di Pasar Karat di Jalan Fatimah, singgahlah di Restoran D’Merong yang terletak di hujung jalan. Restoran ini dibuka 7 pagi hingga 2 petang setiap hari kecuali Khamis.

BP07 iklan d merong

Apa yang paling sedap di Restoran D’Merong? Cubalah sotonya! Pasti nak lagi. Untuk mangkuk kecil, soto daging dijual RM3.50 dan untuk mangkuk besar RM5. Soto ini paling “layan” jika dibubuh kicap cili padi! Dah cuba, pasti nak lagi!

layan soto d merong lontong d merong

set asam pedas d merong soto d merong

 

 

We have 17 guests and no members online