SPNB Bina Rumah Guna Teknologi IBS

kilang-03Situasi ekonomi seluruh dunia yang tidak menentu telah menimbulkan kesan domino kepada banyak sektor pembangunan dalam Malaysia.

 

Antara yang terjejas adalah sektor perumahan yang mana kos bahan binaan semakin meningkat sehingga menekan para pemaju meletakkan harga rumah yang tinggi.

Kesan kenaikkan ini telah menyempitkan peluang golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah idaman pada harga berpatutan dengan pendapatan mereka.

Pihak kerajaan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sedia maklum dengan permasalahan yang dialami oleh rakyat telah menggerakkan Program Rumah Mampu Milik atau lebih dikenali Program RMM.

 

Pengerusi SPNB, Datuk Wira Ir. Idris Haron memberitahu media, pihaknya bakal mengadaptasikan teknologi pembinaan terkini yang dikenali sebagai Sistem Bangunan Industri (IBS - Industrialised Building System) dalam pembinaan rumah RMM untuk rakyat.

kilang-02

 Datuk Wira Ir. Idris Haron melawat tapak kilang pengeluaran produk IBS

"Saya lihat industri perumahan negara tidak akan maju ke hadapan tanpa teknologi baru. Dengan teknologi IBS ini, ia dijangka dapat mengurangkan kos binaan dan menambahkan produktiviti sektor perumahan negara." kata Idris Haron.

 

Kerana teknologi IBS terbukti dapat menjimatkan masa pembinaan rumah dari dua bulan kepada hanya dua minggu. Sila lihat contoh pembinaan rumah menggunakan teknologi IBS  dalam video di bawah:

Malah penjimatan kos yang ketara dapat dilihat, dimana kalau dulu SPNB membina rumah berkeluasan 750 kaki persegi pada harga RM60 ribu. Dengan teknologi IBS sekarang, kos yang sama dapat dikekalkan untuk membina rumah lebih besar iaitu keluasan 1,000 kaki persegi.

 

Maka penggunakan sistem ini dilihat bertepatan bagi memastikan program RMM dilaksanakan dengan lebih berkesan.

kilang-01

 Tapak kilang pengeluaran produk binaan IBS

Bagi memastikan bekalan bahan binaan berasas sistem ini mencukupi untuk projek-projek RMM. SPNB akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat pembekal bagi membekalkan produk binaan berasaskan teknologi IBS.

 

Syarikat-syarikat milik bumiputra juga telah mula melibatkan diri dalam mengeluarkan produk teknologi IBS dan bagi menampung permintaan yang tinggi.

 

We have 9 guests and no members online