Pencapaian Malaysia di Sukan Olimpik

jega 3Penyertaan Malaysia dalam Sukan Olimpik bermula pada 1956 di Melbourne. Kontinjen Malaysia dianggotai 33 atlet dan atlet olahraga, Annie Choong, mencipta sejarah sebagai peserta wanita tunggal negara pada sukan berkenaan.

Sukan Olimpik 1960 di Rome menyaksikan Malaysia hanya menghantar sembilan orang atlet. Mereka terdiri daripada tiga atlet olahraga, dua perenang, dua penembak dan dua peserta angkat berat.

Pada Sukan Olimpik 1964 di Tokyo, Malaysia menghantar kontinjen terbesar, iaitu 66 orang alet. Pada sukan itu M Jegathesan mencipta sejarah sebagai atlet olahraga pertama melayakkan diri ke separuh akhir, iaitu dalam acara 200 meter.

Pada saringan kelima pusingan pertama Jegathesan mencatatkan masa 20.9 saat yang sehingga kini belum dapat diatasi oleh mana-mana atlet Malaysia. Namun pada pusingan kedua, dia hanya mencatatkan masa 21.4 saat untuk melayakkan diri ke separuh akhir dengan kepantasan 21.2 saat.

jega 1

Pada Sukan Olimpik Mexico 1968, M Jegathesan mengulangi kejayaan yang dicipta empat tahun terdahulu, dengan melayakkan diri ke separuh akhir 200 meter pecut. Pada pusingan pertama dia mencatatkan masa 20.9 saat, 21 saat pada pusingan kedua dan 21.0 saat pada separuh akhir.

Pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, pasukan bolasepak Malaysia mencatatkan sejarah apabila layak ke Sukan Olimpik.

Pada sukan Olimpik 1976 di Montreal, Ishtiaq Mubarak mencatat sejarah sebagai atlet kedua berjaya melayakkan diri ke separuh akhir acara olahraga. Dalam acara 110 meter lari berpagar, Istiaq mencatatkan 14.27 saat pada saringan kedua untuk melayakkan diri ke separuh akhir. Dia mencatatkan 14.21 saat pada separuh akhir tetapi masa itu tidak cukup untuk melayakkannya ke akhir.

istiaq mubarak

Malaysia tidak mengambil bahagian pada Sukan Olimpik 1980 walaupun pasukan bolasepak dan hoki berjaya melayakkan diri ke sukan berkenaan.

Pada Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, tidak seorangpun atlet Malaysia yang menyinar. Begitu juga pada Sukan Olimpik 1988 di Seoul, di mana badminton dan taekwondo hanya menjadi acara demonstrasi.

Badminton hanya dimasukkan secara rasmi sebagai sukan yang dipertandingkan pada Sukan Olimpik 1992 di Barcelona dan Malaysia berjaya mendapatkan pingat gangsa dalam acara beregu lelaki menerusi Razif-Jalani Sidek. Taekwondo masih lagi menjadi acara demonstrasi di Barcelona.

Pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta, Malaysia bertanding buat kali pertama dalam sukan layar dan kanu yang masing-masing diwakili seorang atlet. Menerusi badminton Malaysia memenangi pingat perak yang diperolehi pasangan beregu lelaki, Cheah Soon Kit -Yap Kim Hock serta pingat gangsa daripada Rashid Sidek dalam acara perseorangan lelaki.

Pada Sukan Olimpik 2000 di Sydney dan 2004 di Athens, Malaysian gagal meraih sebarang pingat. Pada Sukan Olimpik Beijing 2008, Lee Chong Wei memenangi pingat perak acara perseorangan badminton lelaki.

 

Gambar: MOM

 

We have 15 guests and no members online