Logo-logo Olimpik

Olimpik-RingsSejak diperkenalkan, Sukan Olimpik telah sinonim sebagai simbol perpaduan, kedamaian dan persahabatan boleh dicapai menerusi sukan. Juga, tidak lengkap sebuah acara begitu hebat dan gemilang tanpa simbol dan logonya.

Simbol Sukan Olimpik merangkumi lima bulatan bewarna biru, kuning, hitam, hijau dan merah dengan latar belakang putih.

Ia dicipta oleh Baron Pierre de Coubertin pada 1912. Lima bulatan seperti cincin itu mewakili lima benua di dunia.

1924 1928 1932

Sukan Olimpik 1914 dibatalkan apabila perang dunia pertama tercetus, tetapi simbol dan bendera dikekalkan. Ia diperkenalkan secara rasmi pada Sukan Olimpik di Antwerp, Belgium pada 1920. Simbol itu kekal sehingga kini, berbanding dengan logo yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

1936 1948 1952 

1956 1960 1964

Logo Sukan Olimpik 1972 Munich boleh dianggap yang paling ringkas. Ia hanya menggunakan warna hitam dan putih tetapi ciri abstrak dan moden amat terserlah.

1968 1972 1976

1980 1984 1988

 

Logo Sukan Olimpik Sydney 2000 pula paling ceria, menggunakan warna yang kontras, iaitu merah, kuning dan biru. Merah melambangkan adat dan trasidi, biru menggambarkan warna laut dan kuning melambangkan matahari

1992 1996 2000

Bagaimanapun, tidak keterlaluan jika dikatakan logo sukan Olimpik Beijing 2008 adalah yang paling cantik, unik dan asli. Penggunaan kaligrafi Cina dan warna merah benar-benar menyerlahkan kekayaan budaya dan tradisi negara itu.

2004 2008 2012

Manakala logo Sukan Olimpik London 2012 yang agak abstrak bagaimanapun tidak langsung menonjolkan nilai budaya dan sejarah serta sistem beraja negara itu yang sentiasa menjadi perhatian dunia.

 

We have 13 guests and no members online