Keunikan Masjid Tengkera Gamit Pelancong

masjid tengkeraKOMBINASI seni reka bentuk kaum Cina dan India memberi impak besar kepada kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara ke Masjid Tengkera, Gajah Berang, Melaka yang dibina sekitar 1728.

Masjid bersejarah yang pertama dibina pada zaman pemerintahan Belanda yang juga masjid kedua tertua di Melaka ini bukan sahaja menjadi lokasi ibadah umat Islam malahan kunjungan pelbagai kaum untuk mengetahui sejarah pembinaannya.

Reka bentuk menara yang menyamai senibina pagoda yang diperbuat daripada batu, antara ciri menarik yang mendorong kunjungan puluhan pelancong setiap hari termasuk dari Taiwan, China, Hong Kong, Singapura, Kanada dan England untuk meneliti sendiri kehalusan senibina.

menara masjid

Menara Masjid Tengkera

Malah bumbung berlapis tiga dengan bangunan masjid bersegi empat hampir menyamai Masjid Kampung Laut di Kelantan dan Masjid Demak di Pulau Jawa, Indonesia itu, kini menjadi destinasi popular pelancongan di negeri Melaka, negeri bersejarah.

Sejarah awal masjid yang diperbuat daripada kayu beratap nipah dan tiang kayu berlian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Sumatera bagaimanapun berubah selepas diperbaharui sekitar tahun 1890 dan 1910.

pintu ukiranpintu2

Ukiran Unik Pintu Masjid

Makam Sultan Hussein Muhammad Shah dari Johor yang terdapat di perkarangan masjid juga menjadi tumpuan pengunjung menyaksikan masjid kedua tertua di Malaysia selepas Masjid Kampung Hulu Melaka.

sisi

Pandangan Sisi Masjid

Pembantu Bilal Masjid Tengkera, Salim Ali 47 berkata, pelancong bukan beragama Islam sememangnya diakui amat berminat mengunjungi masjid berkenaan. Katanya, mereka merakam gambar dan melahirkan perasaan kagum di atas senibinanya, termasuk mimbar masjid yang memiliki ukiran tradisional Melayu lama.

salim

Salim Ali

Menurutnya, semua pelancong bebas melawat masjid berkenaan dengan jawatankuasa juga menyediakan pakaian khas kepada mereka bagi menghormati masjid sebagai pusat ibadah umat Islam itu.

menarikruang sembahyang

Ruang Solat Masjid Tengkera

Seni tradisi yang turut menyelitkan rekabentuk binaan masyarakat Kepulauan Indonesia dan Melayu menerusi bumbung bertingkat dan pintu gerbang unik yang dihias motif menarik itu juga tidak dinafikan antara tarikan tersendiri masjid yang diwartakan sebagai bangunan bersejarah terbabit.

 

mimbarunik

Ukiran Unik Mimbar Masjid

 

We have 9 guests and no members online