Kategori Destinasi

Masjid Ais di Sweden

hotel-ais01Kebiasaannya hotel ais akan dibina setiap tahun di Jukkasjarvi, Sweden. Tapi kali ini pengarah urusan “Icehotel”, Yngve Bergqvist merancang untuk membina sebuah masjid yang diperbuat daripada bongkah air batu.

Sebelum ini Icehotel telah membina gereja setiap tahun dan berjaya menarik seramai 150 pasangan dari seluruh dunia untuk melangsungkan perkahwinan di sini.

Proses membina struktur hotel bermula pada pertengahan November apabila salji tebal turun dan membekukan permukaan Sungai Torne. Permukaan yang beku inilah yang menjadi bongkah-bongkah besar bagi membina struktur hotel.

bilik-hotel-ais-01

Pembinaan hotel akan dilakukan oleh artis yang diterbangkan dari 15 buah negara, antaranya Argentina, Spain, Italy dan Netherlands.

Hotel yang bakal dibina kali ini akan mempunyai 47 buah bilik yang terdiri daripada beberapa konsep seperti satu bilik deluxe, 16 bilik artistik, 20 bilik ais, 8 bilik salji dan 2 bilik berkumpulan. Hotel ini dijangka siap untuk menerima tetamu pada 3 Disember 2011.

bilik-hotel-ais hotel-ais-kafe

Harga penginapan antara RM600 hingga RM2,200 semalam bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan kerana harganya berbeza mengikut julat tarikh mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak hotel.

Ketua Imam Sweden, Mahmoud Aldebe menyatakan bahawa idea untuk membina masjid ini diterima baik pihaknya kerana kesempatan ini dapat memberi pendedahan lebih jelas kepada para pelancong mengenai Islam.

Namun, Yngve Bergqvist memberitahu perlaksanaan projek ini hanya dapat bermula pada musim sejuk tahun hadapan.

 







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker