Kategori Destinasi

Rumahku Muziumku

antikBERMULA sebagai hobi mengumpul barangan lama ketika berusia 15 tahun akhirnya Nordin Ali, 75 berjaya menghimpunkan 1,800 artifak antik di rumahnya yang terletak di Kampung Padang Temu, Melaka.

Lebih manis buatnya, dia kini memiliki muzium sendiri yang dikenali `Rumahku Muziumku’ bagi menempatkan barangan terbabit tanpa mengenakan bayaran kepada pelawat dan pelancong yang mengunjungi teratak miliknya itu.

nordin pelita

Nordin Ali

Mewarisi minat arwah ayahnta, Sidang Ali Talib, dia berjaya mengumpul artifak bersejarah peninggalan China, Belanda, Portugis, Inggeris, Jepun dan Indonesia terbabit antaranya tembikar, keris, gramofon, lampu kerosin, pedang, pisau dan belati dan barang-barang kemas.

Sanggup mengeluarkan wang untuk membeli daripada pemilik asal atau bertukar barang dengan peminat antik membolehkan dia turut memiliki piring hitam, telefon antik, perkakasan tembaga, seterika arang, barangan dapur, bantal candu dan jam, selain radio lama dan lampu kereta lembu.

barangan antik katil masyarakat chetty

Koleksi barangan antik yang terdapat 

Artifak yang tertua dipamerkan di muzium terbabit termasuk pelita pekerja rumah api Belanda yang berusia 400 tahun, mangkuk susu getah kaca pertama pada tahun 1860, tanglong Cina (1860), peti ais lama (1940) dan peluru meriam belanda (1,600) serta lampu isyarat keretapi arang batu berusia 100 tahun.

Bagi peminat wang syiling duit cap ayam , duit syiling 5 sen bernilai RM450 , satu keping duit RM20 lama , RM10 lama selain seterika ,katil antik Melaka, Baba dan Nyonya, tembikar , peti nyanyi, barangan tembaga , peralatan sawah dan bajak turut dipamerkan secara terbuka.

telefon antik

si cilik mencuba telefon antik

Barangan lain termasuk kacip tembaga, kerambit, gobek tembaga, bekas kemenyan naga , tepak sireh lama, mangga kunci cina buatan tahun 1800 dan katil masyarakat chetty.

Bekas pesara di di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan itu berkata, sejak dibuka secara rasmi pada 2002 lebih 35,000 pelawat mengunjungi muziumnya itu.

Dengan aset barangan bernilai lebih RM1.5 juta ketika ini dia amat berbangga berikutan muziumnya dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara termasuk dari Brazil, Afrika, Amerika Syarikat, Rusia, Uzbekistan, Jerman,Korea Selatan, Brunei, Thailand, Taiwan, Singapura, Indonesia, Arab Saudi, Jepun, China dan Australia,

Rumahku Muziumku telah dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan diiktiraf oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) yang turut membantu menerusi kategori pemuliharaan dan pemugaran sebanyak dua kali.

koleksi koleksi antik

himpunan barangan antik yang dipaparkan

Usaha berkenaan termasuk menaiktaraf rumah berjumlah RM28,000 serta dan 2007 dengan membaikpulih beberapa bahagian muzium terbabit termasuk jalan, longkang ,pagar serta cat rumah bernilai RM40,000. Pengunjung kali pertama pastinya teruja melihat artifak antik terbabit serta peralatan silam yang amat jarang ditemui ketika ini.

ruang tamu ruang tidur baba nyonya

Ruang tamu dan ruang tidur baba nyonya

 

 







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker