Kategori Sains & IT

Siri 2 : Media sosial di Malaysia : Telefon pintar

20170927_100132

Penjualan telefon pintar di Malaysia menunjukkan graf yang mengujakan ramai pihak terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan berkaitan alatan komunikasi.

Laporan yang dikeluarkan oleh badan penganalisis IDC Asia / Pasifik mengatakan, jualan telefon pintar di Malaysia pada tahun 2016 adalah sebanyak 8.8 juta unit. Mengikut laporan sama, jenama Samsung mengatasi jualan paling tinggi mengatasi Apple.

Teruja tak?

Walaupun bukan negara pengeluar tetapi Malaysia mengatasi dunia lain sebagai antara pengguna paling ramai! Lihat saja laporan yang dikeluarkan oleh The Digital News Report 2017 yang mengatakan Malaysia adalah negara paling tinggi menggunakan aplikasi WhatsApp dengan peratusan 51 peratus sekaligus menjadi pengguna terbesar di dunia!

Namun, wujud persoalan. Baik atau buruk? Iyalah, sedang masyarakat dunia lain sibuk bekerja, kita pula sibuk dengan telefon pintar masing-masing.

Belum lagi menyentuh tentang jenayah yang semakin menjadi-jadi dewasa ini. Jenayah seksual kanak-kanak umpamanya, hinggakan Malaysia menggubal akta baharu dikenali Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Akta ini mula berkuat kuasa pada 10 Julai 2017 lalu.

Jika pembaca masih ingat, akta ini hangat diperkatakan sejak negara digemparkan dengan kes seorang warga Britain, Richard Huckle, 31 tahun, yang didakwa kerana melakukan jenayah seksual terhadap lebih 200 kanak-kanak di Malaysia!

Benar, ramai penganalisis termasuk pihak berkuasa berpendapat bahawa golongan remaja termasuk pelajar sekolah lebih cenderung menggunakan aplikasi WeChat. Namun, baik buruk aplikasi ini kepada golongan yang baharu hendak mengenali dunia juga hangat dibincangkan.

Penulis masih ingat kata-kata seorang penceramah daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Noor Azlina Nordin yang mendedahkan, berlakunya jenayah bermula dengan WeChat.

Beliau menceritakan satu kisah seorang remaja perempuan yang terlanjur sehingga mengandung. Menurutnya, remaja itu tidak mengetahui bahawa seks boleh menyebabkan kehamilan. Untuk makluman pembaca, remaja malang ini menjalin hubungan dengan pasangannya menerusi WeChat!

Sedia maklum, aplikasi WeChat lebih ‘terbuka’ berbanding aplikasi lain. Hanya perlu ‘shake’ untuk mendapatkan kenalan. Semudah itu juga membuatkan penjenayah semakin seronok mencari mangsa.

‘Sudah terhantuk baru tengadah’

Bila sesuatu kejadian menimpa diri sendiri atau ahli keluarga, baru hendak memandang serius tentang perkara ini? Tidak ada gunanya. ‘Nasi sudah menjadi bubur’. Justeru itu, iklan awam yang disiarkan mengenai telefon pintar – pintarkah anda wajar diperbanyakkan lagi. Masyarakat juga perlu berubah.

Masyarakat perlu sedar tentang bahayanya telefon pintar. Ia membuatkan pengguna leka dan mengabaikan persekitaran sekeliling. Tidak ada gunanya jualan telefon pintar meningkat sekiranya masyarakat menjadi bertambah lalai. Tiada hebatnya nama Malaysia menduduki tangga teratas pengguna WhatsApp paling ramai sekiranya peratus jenayah meningkat.

Telefon saja yang pintar, penggunanya tidak.

Teruskan bersama-sama Jurnal Malaysia. Siri akhir, Jurnal Malaysia akan mengupas mengenai tajuk ‘Media sosial di Malaysia – Telefon pintar jadi makanan’ seterusnya merangkumkan artikel bersiri ini.

Artikel berkaitan :

Siri 1 : Media sosial di Malaysia – Menang WhatsApp

http://www.jurnalmalaysia.com/?p=4775







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker