Kategori Sains & IT

Manusia Robot

Front PageMemasukkan susuk atau menyuntik sesuatu bahan ke dalam tubuh badan untuk kekal cantik adalah perkara normal setakat ini.

Bagaimana pula jika bahan itu adalah cip pintar?

Biarpun dilabel sebagai ‘kaki gajet’ namun mungkin kita tidak pernah terlintas untuk memasukkan bahan tersebut ke dalam tubuh badan sendiri bukan?

Zaman sudah berubah. Dunia berlumba-lumba mengejar teknologi canggih.

Jika sebelum ini kita pernah menonton filem barat yang banyak memaparkan filem masa depan, bandar moden dan kehidupan manusia yang serba canggih.

Misalnya, robot sebagai pembantu rumah, kereta pintar yang bergerak sendiri, membuat bayaran hanya dengan mengimbas tangan sendiri dan seumpamanya. Kini ia bukan lagi fantasi…

Kegilaan masyarakat dunia terutamanya di barat ketika ini ialah RFID atau Radio-frequency identification.

Caranya mudah, satu kapsul kecil berupa cip pintar akan ditanam di badan pengguna dan biasanya ia diletakkan dibahagian anggota tangan.

Untuk makluman pembaca, cip tersebut dihubungkan secara terus dengan data peribadi pengguna.

Antara kegunaan cip manusia ini ialah :

Pasport
Pesakit
Daftar pengundi
Daftar kelahiran baharu dan kematian
Mengenalpasti pemilik senjata
Membanteras jenayah
Kehilangan dan penderaan kanak-kanak
Keahlian kelab / pertubuhan
Informasi kesihatan
Informasi perbankan
Kad diskaun membeli-belah

2nd pic

Sementara Hannes Sjoblad, pemilik nombor cip 81:cd:9d:17:42:gg:40 pula merupakan nama yang sinonim dengan dunia teknologi. Beliau pada asalnya sering berangan-angan untuk hidup dalam kehidupan serba canggih adiwira seperti Terminator, Spiderman dan Robocop.

“Sekarang kita hidup dalam dunia teknologi. Terima kasih kepada teknologi kerana kita boleh jadikan orang pekak dapat mendengar, orang buta dapat melihat dan mereka yang lumpuh kembali berjalan.” katanya dalam satu forum bual bicara pada November 2016.

Pembaca boleh rujuk pautan ini untuk menonton himpunan video bual bicara mengenainya, http://www.hannessjoblad.se/

Selain itu, Amal Graafstra juga merupakan individu yang ‘gilakan’ teknologi ini. Beliau mengimpikan kehidupan yang serba mudah dengan menggunakan teknologi – Membuka pintu rumah, menghidupkan enjin kereta dan log masuk ke komputer hanya dengan imbasan tangan.

Video temubual beliau bersama The Feed, https://www.youtube.com/watch?v=aogRLBOG3EY

Barangkali teknologi ini asing bagi kita dan berupaya mengundang kemudaratan atau permasalahan. Namun tidak mustahil ia akan menjadi satu fenomena pada masa akan datang.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker