Kategori Hiburan

Carrie Fisher meninggal dunia

1456648346-07d1f6b7b8b800b2dff614b7bbabe17fLOS ANGELES 28 Disember 2016 – Aktres Hollywood, Carrie Fisher, 60, yang melakonkan watak Princess Leia dalam siri filem “Star Wars” dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas beberapa hari diserang penyakit jantung.

Bintang yang cukup dikenali menerusi watak Princess Leia dalam filem trilogi Star Wars itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari London bagi mempromosikan buku dan rebah 15 minit sebelum mendarat di Los Angeles, Jumaat lalu.

Beliau diperiksa oleh paramedik dan dikejarkan ke Pusat Perubatan UCLA Ronald Reagan.

Dilahirkan pada Oktober 1956 di Los Angeles, namanya menjadi fenomena di seluruh dunia selepas membintangi filem trilogi Star Wars yang diterbitkan dari 1977 hingga 1983.

“Billie Lourd dengan sedih mengesahkan bahawa ibunya tercinta Carrie Fisher meninggal dunia pada 8:55 pagi ini (waktu tempatan),” kata anak perempuannya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap keluarga, Simon Halls.

“Dia disayangi oleh seluruh dunia, dan dia akan dirindui.”

Rakan Fisher dan bintang Star Wars Mark Hamill berkata dalam tweet: “Tiada kata #Devastated.”







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker