Kategori Semasa

Faiz Subri sertai JDT sekadar spekulasi

25-263x300

Mungkin ada dikalangan peminat atau pemerhati sukan bola sepak beranggapan bahawa pemain Pulau Pinang yang kini merupakan tiga calon terbaik Anugerah Puskas Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Mohd Faiz Subri akan menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Ia berikutan respon positif dan kata-kata pujian daripada Penaung Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam status Facebook Johor Southern Tigers baru-baru ini.

Bukan sekadar memuji kejayaan mengharumkan nama negara tetapi Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu juga berkenan memberi kurniaan RM15,000 kepada Mohd Faiz.

Namun yang demikian, kurniaan ini tidak bermakna Mohd Faiz akan menyarung jersi JDT. Sedia maklum, TMJ merupakan antara pemimpin yang begitu mencintai bola sepak tanahair. Banyak tindakan atau keputusan beliau cenderung kepada penambahbaikan serta pembangunan bola sepak Malaysia.

Kurniaan yang diberikan kepada Mohd Faiz adalah sebagai satu penghargaan dan tanda terima kasih kerana membawa nama Malaysia ke persada dunia.

Sementara bagi Mohd Faiz yang juga bapa kepada dua cahaya mata itu menyifatkan pemberian tersebut sebagai rezeki anak-anak dan motivasi buat dirinya.

faiz-subri-goal-malaysia

Nama Mohd Faiz menjadi bualan bukan saja masyarakat Malaysia tetapi juga antarabangsa apabila sepakan percuma yang diambilnya ketika Pulau Pinang menentang Pahang dalam saingan
Liga Super 2016 Februari lepas dikatakan melanggar hukum fizik.

Bagi Penolong Jurulatih Akademi Bola Sepak Chelsea Malaysia, Andy Okochi Elijah Finbar, ia tidak melanggar hukum fizik sebaliknya menggunakan teknik dan latihan intensif.

Dalam masa sama, ia juga bukan bersandarkan kepada nasib semata-mata. Sepakan yang dihasilkan Mohd Faiz memerlukan latihan yang berterusan.

Ketajaman membaca pergerakan angin, jarak bola ke gawang dan titik sepakan pada bola merupakan antara penekanan yang harus diberi perhatian pemain yang pengambil sepakan percuma.

Apapun, Mohd Faiz sudahpun membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa. Samada beliau berjaya dinobatkan sebagai penjaring gol terbaik dunia, akan diketahui kelak sejurus undian Anugerah Puskas FIFA ditutup pada 9 Januari 2017 tidak lama lagi.

Anugerah Puskas FIFA







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker