Kategori Sains & IT

Iphone7 kurang sambutan, apa silapnya?

14469168_10208154396072722_1038911833_nDulu semasa telefon pintar jenama Iphone6 baharu keluar di pasaran, pintu masuk premis Apple dibanjiri orang ramai yang beratur panjang sehingga 20 blok. Lebih dahsyat, ada yang

menawarkan USD1,000 kepada orang lain semata-mata mahu memotong barisan.

Namun pada Jumaat, 16 September 2016 ketika premis sama dibuka untuk jualan produk terbaharu mereka, Iphone7, barisan pelanggan yang beratur dilihat semakin berkurangan berbanding
sebelum ini.

Ia diakui dan disahkan oleh kebanyakkan laporan media diseluruh dunia. Kenapa ia berlaku? Apakah Iphone7 tidak menepati kehendak masyarakat?

Walhal sebelum ini syarikat pengeluar, Apple sudahpun menjelajah seluruh dunia bagi mempromosikan kelahiran produk terbaharu mereka itu.

Semasa majlis memperkenalkan Iphone7 di San Francisco, Pengarah Eksekutif Apple, Tim Cook mengatakan bahawa Iphone 7 merupakan produk Iphone terbaik yang pernah mereka cipta.

Antara ciri-ciri Iphone7 ialah :

Memiliki dua kamera dengan ketajaman 12 megapiksel (wide-angle’ 28mm dan telephoto 56mm), aperture f/1.8, enam elemen lensa serta pencahayaan (flash) mengikut tona asli.

Badan Iphone7 yang bersaiz 5.23 mm itu juga disifatkan menarik keterujaan peminat permainan (gamer) sementara alat pendengaran tanpa wayar (airpod) pula memukau peminat muzik.

Ketahanan bateri dua kali lebih tahan berbanding Iphone6 juga antara ciri-ciri yang membuatkan Iphone7 kelihatan hebat.

Di mana silapnya, samada teknologi, promosi atau implikasi kewangan yang menyebabkan Iphone7 kurang mendapat sambutan? 14470706_10208154396112723_227308537_n

Sementara di Moscow, Rusia menerusi kenyataan syarikat Ruselectronics bercadang untuk memperkenalkan telefon pintar ala Iphone tetapi ‘versi Rusia’ dua tahun lagi.

Paling menarik, harga yang ditawarkan dikatakan jauh lebih murah berbanding Iphone.

Kata Ketua Ruselectronics, Igor Kozlov, produk syarikatnya itu akan menembusi pasaran menjelang tahun 2018 dengan tawaran harga serendah AS$130 (RM867.21) seunit.

Ruselectronics merupakan sebahagian daripada syarikat milik kerajaan Rusia, Rostec.

Media antarabangsa melaporkan, syarikat yang ditubuhkan pada awal 2009 itu terlibat secacra langsung dalam bidang khusus seperti reka bentuk dan pengeluaran komponen elektronik, produk
dan bahan.

Selain itu mereka juga terbabit dalam bidang peralatan bagi sektor pembuatan, pengeluar peranti gelombang mikro dan peranti semikonduktor.

Ruselectronics juga menjana 15 peratus pendapatan daripada produk awam sementara lagi 85 peratus daripada produk ketenteraan.

Apakah yang sebenarnya melanda produk keluaran warga Amerika Syarikat, Apple sehingga membuatkan syarikat Ruselectronics secara rasmi mengisytiharkan sebagai pesaingnya?







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker