Kategori Ragam

Akibat ketagih suntik implan di bibir

henry-lips-explode-4Umumnya kita tahu kaum wanita yang obses kepada kecantikan. Bila lihat diri sendiri di cermin, ada sahaja yang dikomen. Kadang-kadang sehingga lupa, tiada manusia yang diciptakan sempurna olehNya, yang paling penting bersyukur kerana memiliki sifat fizikal yang baik berbanding orang lain yang mempunyai kekurangan fizikal.

Kejadian berlaku di Wells-Next-To-Sea, Norfolk. Seorang remaja lelaki berusia 20 tahun terkejut apabila bibir yang disuntik implan membengkak dan ‘meletup’ ketika sedang memberi telefon bimbit di sebuah kedai.

Bibir Henry dikatakan meletup sehingga menyebabkan darah dan nanah menitik ke atas telefon bimbit yang ingin dibelinya.

“Saya sedang memilih telefon bimbit apabila saya merasakan bibir saya tiba-tiba membengkak dan ia kemudiannya meletup, menyebabkan darah dan nanah menitik ke atas telefon bimbit berkenaan.

“Penjual telefon berkenaan terkedu melihat keadaan tersebut,’’ katanya ketika muncul dalam siri televisyen E4 bertajuk Body Fixers.henry-lips-explode-2

Henry semakin ketagih membesarkan bibir dan melakukan suntikan implan di bahagian tersebut beberapa kali sebulan.

“Saya gembira dengan bibir besar melalui suntikan implan,” katanya.

Pakar aesthetic, Dr Esho berkata Henry perlu menjalani pembedahan untuk membuang implan dibibirnya bagi menghalang bibir berkenaan daripada jangkitan.

“Kes Henry ini mungkin salah satu kes paling buruk pernah saya kendalikan di mana bibir mengalami jangkitan.

“Malah, ketika dia dibawa ke rancangan ini, saya terus memberitahu dia perlu dibawa ke bilik bedah,’’ kata Dr. Esho.

Henry berharap pakar-pakar dapat membantunya.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker