Kategori Semasa

Luar biasa…yang membangggakan negara

pemenang-pingat-emas-paralimpik-rio-2016Luar biasa….dilahirkan dengan kelainan, tidak normal seperti orang lain, tapi mampu meraih kejayaan di peringkat antarabangsa sekaligus mengharumkan nama negara.

Keupayaan mereka tidak boleh dipandang enteng. Mereka juga seperti manusia lain. Dilahirkan kelainan upaya, namun disebalik itu, Allah menganugerahkan keistimewaan lain buat mereka.

Tiga atlet negara melakar sejarah tersendiri apabila berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil.

Pingat emas pertama diperoleh oleh Mohamad Rizuan Puzi dalam acara 100 meter T36 lelaki (cerebral palsy) dengan catatan masa 12.07 saat, sekaligus memadam rekod sukan paralimpik terdahulu milik Roman Pavlyk dari Ukraine iaitu 12.25s yang dilakukan di Beijing pada 2008.mohamad-ridzuan-mohamad-puzi-pemenang-emas-paralimpik-rio-1

Setelah itu, kejayaan pingat emas disusuli menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli melalui acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran).

Muhammad Ziyad yang merupakan pemenang pingat gangsa di London pada edisi ke -14 itu telah mencipta rekod baharu dunia dalam percubaan pertamanya dengan jarak 16.40m, sekali gus memadam rekod dunia dan rekod Paralimpik milik Todd Hodgetts dari Australia iaitu 16.29m juga di London.

Atlet berusia 26 tahun itu meneruskan rentak kecemerlangan dan terus memperbaiki rekod dunia dengan jarak 16.84m pada percubaan kelimanya.

Kejayaan demi kejayaan terus diburu atlet negara apabila memperoleh pingat emas ketiga menerusi Abdul Latif Romly untuk acara lompat jauh T20.

2016 Rio Paralympics - Men's Shot Put - F20 Final - Olympic Stadium - Rio de Janeiro, Brazil - 10/09/2016. Ziyad Zolkefli Muhammad of Malaysia celebrates winning the gold medal in the event. REUTERS/Ricardo Moraes FOR EDITORIAL USE ONLY. NOT FOR SALE FOR MARKETING OR ADVERTISING CAMPAIGNS.

Abdul Latif ,19, berasal dari Kangar, perlis itu telah berjaya mencipta rekod dunia baharu dengan catatan 7.60 meter.

Rekod dunia terdahulu iaitu 7.35m adalah milik beliau sendiri yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lepas, manakala rekod Sukan Paralimpik iaitu 7.25m dipegang Jose Antonio Exposito Pineiro dari Sepanyol yang dilakukan pada edisi 2012 di London.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Abdul Latif Romly yang meraih pingat emas ketiga negara serta mencipta rekod dunia itu.

“Cipta tiga rekod dunia dalam satu malam, pecahkan rekod sendiri. Abdul Latif Romly, anda luar biasa! Tahniah, emas ke-3 #MAS di #Rio2016 #Paralympics. #TerbangLatifTerbang,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di laman rasmi Twitternya.

Pemenang pingat emas di Paralimpik Rio itu akan memperoleh ganjaran sebanyak RM1 juta, RM5,000 sebagai elaun bulanan di samping tiket penerbangan percuma yang disediakan syarikat AirAsia sepanjang hayat mereka.

Sementara itu, Naza Corporation Holdings dilaporkan akan memberi ganjaran sebuah kereta Kia Sportage serba baru kepada atlet negara yang mencipta sejarah memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio di Brazil.

Perkara itu diumumkan oleh pengerusi dan ketua pegawai eksekutifnya, Nasarudin Nasimuddin dalam satu kenyataannya.

“Saya amat berbangga dengan atlet paralimpik Malaysia yang akan membawa pulang pingat emas milik mereka ke tanah air.

“Sebagai sebuah syarikat tempatan, Naza akan memberikan ganjaran berupa Kia Sportage serba baru setiap seorang kepada atlet negara yang memenangi pingat emas di Paralimpik Rio 2016,” katanya.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker