Kategori Semasa

Imbuhan tambahan RM200 ribu, kejayaan di Rio perlu diteruskan

14054552_10207014623551278_152555833790400822_oKUALA LUMPUR 25 Ogos 2016 – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kejayaan yang ditempa atlet negara di Sukan Olimpik Rio dijadikan sebagai pendorong untuk mencapai kejayaan yang lebih besar, seterusnya mengharumkan nama Malaysia.

Najib turut mengumumkan imbuhan tambahan RM200,000 bagi setiap pemenang pingat perak dan gangsa dalam temasya yang melabuhkan tirai pada 22 Ogos lalu.

“Saya hendak umumkan, bagi pihak kerajaan, tambahan RM200 ribu lagi bagi pemenang pingat perak dan gangsa. Sebelum ini, kita (kerajaan) telah isytiharkan RM300 ribu bagi pingat perak, tambah lagi RM200 ribu. Begitu juga bagi pemenang pingat gangsa.

“Ia (tambahan) merupakan penghargaan kepada sumbagan para atlet yang berjaya mengharumkan nama negara di pentas sukan paling berprestij itu.

“Walaupun kilauan emas hampir kita gapai, ini merupakan pencapaian terbaik negara dalam sukan Olimpik. Saya percaya Olimpik akan datang emas pasti menjadi milik kita,” katanya semasa menyampaikan amanat dalam majlis sambutan kepulangan kontinjen negara di Kompleks Bunga Raya, semalam.14066323_10207014624751308_5302908420883297960_o

Pada majlis itu, hampir kesemua atlet dan juga pegawai, kontinjen Malaysia yang terlibat dalam Sukan Olimpik Rio 2016 tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA, pada kira-kira 2:30 petang.

Tambah Najib, pertemuan bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan diadakan bagi merancang strategi yang boleh menjadi suntikan untuk kemajuan sukan Malaysia.

Bercerita mengenai perlawanan akhir perseorangan lelaki di Olimpik Rio antara Datuk Lee Chong Wei dan pencabar dari China, Chen Long, Najib berkata, perlawanan terlalu sengit.

“Saya dan isteri bersama peminat yang lain berada di Dataran Putrajaya pada malam itu.Saya bersyukur jantung saya masih kuat. Perlawanan terlalu sengit, berdebar menunggu saat-saat akhir. Walaupun kita tidak berjaya, tetapi kita telah menghampirinya (emas). Mungkin nasib tidak menyebelahi kita. Tetapi, anda semua hero bagi rakyat Malaysia,” katanya.

14124493_10207014624311297_3061428635595581900_oKontinjen Malaysia yang membawa pulang lima pingat kali ini merupakan kejayaan yang amat memberangsangkan berbanding dua pingat di Olimpik London 2012.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker