Jepun tidak pernah gagal memukau masyarakat luar dengan teknologi dan budaya yang mereka ada. Negara itu juga mempunyai beberapa kafe pelik yang dijadikan sebagai tarikan pelancong.
Namun, Unkai Terrace merupakan salah satu kafe yang menjadi sebutan kerana menyediakan perkhidmatan yang luar biasa.
Para pengunjung dapat menikmati secawan kopi di atas awan jika singgah ke kafe ini. Unkai Terrace adalah tempat yang unik dan terletak diatas puncak gunung serta berada di atas awan. Tempat pelancongan ini terletak di Hoshino Resort Tomamu,Pulau Hokkaido. Fenomena “Unkai” (lautan awan) telah menarik ramai pelancong ke bandar peranginan di Tomamu selama bertahun-tahun
Unkai Terrace terletak di 1008 meter di atas paras laut. Jadi anda mempunyai cukup masa bersarapan sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan atau sebelum matahari terbit.
Menariknya, kopi, sup dan juga sekali-sekala sesi yoga diadakan supaya anda boleh mengenyangkan ketagihan kafein selepas aktiviti meditasi. Hanya perlu diingat bahawa ketebalan awan berbeza-beza bergantung kepada keadaan cuaca semasa.
Unkai Terrace dibuka dari pertengahan Mei hingga akhir Oktober. Tiket dijual pada harga ¥ 1900 untuk orang dewasa, ¥ 1200 untuk kanak-kanak dan ¥ 500 untuk haiwan kesayangan.
Walaupun tambang gondola agak mahal, pemandangan dari Unkai Terrace adalah berbaloi setiap yen. Untuk pengetahuan anda, gondola lif bermula jam 4.30 pagi dan berakhir pada kira-kira 8 pagi.