Kategori Ragam

Warga emas ketagih cipta rekod dunia

guinness-rishiManusia. Pelbagai ragam,pelbagai karenah. Kadang-kadang benda yang tidak tercapai dek akal, tapi ada sesetengah daripadanya mampu melakukan. Ada sesetengah manusia sanggup dipandang serong oleh masyarakat, mungkin untuk menarik perhatian,atau mungkin memang sudah sebegitu perangainya.

Lain ceritanya di India. Seorang warga emas bernama Rishi, 74 tahun, sanggup melakukan apa sahaja bagi meletakkan namanya di dalam Gunness Book of Records. Mungkin ada yang tertanya apakah kepuasan yang diperolehi apabila memecahkan rekod.

Bagi Rishi, dia menggelarkan dirinya sebagai Guinness Rishi kerana telah berjaya mencatatkan lebih 20 rekod dunia. Antara rekod yang pernah dilakukannya termasuk menghantar roti piza dari New Delhi, India ke San Francisco di Amerika Syarikat dan minum sebotol tomato sos dalam masa empat minit.

Selain itu, Rishi turut mendorong ahli keluarganya menyertai pertandingan mencipta rekod dunia. Isterinya , Bimla telah berjaya memperoleh rekod dunia untuk kata-kata wasiat paling pendek dengan menulis “semua untuk anak” pada tahun 1991.Guinness-Rishi-Tattoo-Man

Rishi dikatakan berhajat untuk mencapai rekod dunia dengan membuat tatu bergambar setiap pemimpin dunia di badannya. Setakat ini, gambar tatu yang sudah dicacah pada badannya ialah Perdana Menteri India, Narendra Modi, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Ratu Britain iaitu Quenn Elizabeth dan Pemimpin Gerakan Kemerdekaan India, Mahatma Gandhi.

Memang suatu kepuasan dan kebanggaan buat seseorang, sekiranya sesuatu kerja yang dilakukan memperoleh pengiktirafan daripada pihak tertentu. Jadi tidak hairanlah pelbagai cara dilakukan manusia di setiap pelosok dunia untuk mencapai impian agar namanya tersenarai dalam buku kebanggan tersebut.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker