Kategori Sains & IT

‘Bas terangkat’ jalani ujian jalan raya

bus2-750x502CHINA 4 Ogos 2016 – Anda pernah lihat video ‘bas terangkat’ yang melalui atas kereta di China? Transit Elevated Bus (TEB) dikatakan mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas sebanyak 35 peratus.

TEB kini sedang menjalani fasa ujian di bandar Qinhuangdao. Fasa ujian TEB telah memasuki ujian dalam penggunaan elektrik dan sistem hentian kecemasan.

TEB berukuran 72 kaki panjang dan 25 kaki lebar mampu membawa 300 penumpang pada satu-satu masa digerakkan sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik.

TEB juga diramal mampu mencapai kelajuan 65 kilometer per jam, menjadikannya sistem pengangkutan awam yang laju. Lakaran konsep TEB sebelum ini menunjukkan bas berkenaan akan berjalan di atas jalan raya dan ‘diatas trafik’.bus3-e1470273937575

Kenderaan awam yang lain akan melalui ruang khas di bahagian bawah bas berkenaan dan sebarang operasi bas henti-henti tersebut tidak akan mengganggu trafik.

Hebat bukan? Mungkin Malaysia boleh jadikan TEB ini sebagai idea untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara ini pula.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker