Kategori Ragam

Jepun cipta bawang bebas air mata

smileball-bawangBawang bebas air mata. Sebuah syarikat makanan Jepun, House Foods Group (HFG), mendakwa pihaknya telah berjaya mencipta bawang yang pasti tidak akan membuatkan anda menitis air mata apabila dipotong.

Bawang India yang diberikan nama sebagai Smile Ball itu, merupakan bawang pertama di dunia yang terhasil daripada kajian yang dijalankan oleh syarikat tersebut.

Kejayaan Smile Ball telah mendorong HFG untuk mewujudkan visi tentang penghasilan bawang bebas air mata yang pertama di dunia.

Daripada kajian selama 10 tahun itu, pihak HFG telah menemui ‘bahan’ yang menyebabkan air mata terhasil dan berjaya mengubah sifat sejenis enzim yang memedihkan mata di dalam bawang itu.

Sejenis bahan formula akan dilepaskan ke udara ketika bawang itu dihiris untuk menghalang penghasilan air mata. Bahan formula yang disemburkan ke udara itu tidak akan mengubah rasa serta khasiat yang terdapat di dalam bawang tersebut.

Malah menurut pihak HFG, Smile Ball mempunyai rasa manis seperti epal atau pear apabila dimakan secara mentah-mentah. Bagaimanapun, sebagai percubaan, Smile Ball hanya dipasarkan di sekitar Tokyo dan atas talian.

Sebanyak 5 tan bawang Smile Ball telah berjaya dijual dengan harga 450 yen (RM17.79) sekilogram yang mana harganya dua kali ganda daripada harga bawang biasa.

Tiada alasan lagilah nak mengelat tolong mak potong bawang!!







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker