Kategori Jurnal Malaysia

USD 4.8 billion…Yahoo! dijual

Old+YahooUcapkan selamat maju jaya kepada Yahoo untuk cabaran yang bakal mendatang.Terima kasih kerana pernah menjadi sebutan di bibir pelayar internet kerana menjadi ‘search engine’ yang hebat suatu ketika dahulu.

Pasti anda mempunyai pengalaman tersendiri sewaktu melayari internet menggunakan ‘search engine’ itu.

Setelah hampir 22 tahun Yahoo! memegang status syarikat persendirian, kini, nama yang pernah mendominasi homepage utama ketika melayari internet itu telah dijual.

Yahoo menemui zaman kejatuhan apabila Verizon mengumumkan pembelian Yahoo dengan harga USD 4.83 bilion secara tunai.

Melalui pembelian ini, Verizon selaku mobile provider terbesar US, bakal bekerjasama dengan Yahoo dan AOL bagi membina sebuah bisnes digital untuk menyaingi Google dan Facebook.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yahoo,Marissa Mayer berharap agar beliau dikekalkan dalam syarikat tersebut dan bersedia mengharungi cabaran seterusnya bersama pihak pengurusan baru.

Namun,nasib Marissa bersama CEO AOL, Tim Armstong bakal ditentukan seawal tahun 2017 selepas perjanjian pembelian tersebut dimeterai.Verizon

Jika kontrak Marissa ditamatkan, beliau akan menerima pampasan sebanyak USD 57 juta dan secara tidak langsung menerima hampir USD 218 juta secara keseluruhan selama bekerja bersama Yahoo.

Mungkin tidak terkejar untuk menyaingi persaing terdekat mereka iaitu Facebook dan Google, Verizon berharap dengan data yang ada ditambah pula dengan gandingan Yahoo dan AOL, syarikat mereka bakal menjadi yang pencabar ketiga terbaik menerusi pengiklanan digital.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker