Setelah berkongsi hidup selama 80 tahun, buat pertama kalinya, pasangan warga emas di daerah Anhui, China merakam foto perkahwinan.
Song Qinglin, 102, dan isterinya Song Lishi, 99, tenang menghadap kamera. Mereka berpegangan tangan dan tersenyum.
Qinglin segak dengan changshan merah manakala Lishi anggun dengan gaun pengantin putih bermanik.
Menurut People’s Daily Online, ketika pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada tahun 1936, mereka terlalu miskin sehingga tidak mampu menjalankan sebarang majlis.
Cuma tiga pinggan makanan disediakan sebagai jamuan ketika itu.
Sepanjang perkongsian hidup, mereka dianugerahkan enam orang anak, lima orang cucu, dan empat orang cicit.
Gambar dirakam sempena menyambut hari ulangtahun perkahwinan mereka.
Gambar perkahwinan mereka tersebar luas di media sosial China dan mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen.