Kategori Ragam

Wanita ‘gila tudung’ : Jenama atau kualiti?

13833402_10206811743479403_1947363183_oBagi wanita berhijab, kegilaan membeli tudung bukanlah satu perkara yang pelik. Bagi penulis sendiri, tabiat membeli tudung seolah-olah sudah sebati dalam diri. Bila tudung tersebut akan dipakai bukanlah persoalan, asalkan keinginan membeli tudung tercapai tatkala keluar membeli belah, itu sudah mencukupi.

Revolusi yang dilalui kini telah menjadikan sehelai tudung yang duhulunya dianggap sebagai kain untuk menutup kepala bagi menghormati sesebuah majlis dan keraian tertentu, dan daripada sudut agama, ia merupakan pakaian wajib bagi wanita Muslim sebagai memenuhi syariat yang ditetapkan, telah berubah menjadi suatu objek komersial.

Bukan sahaja di Malaysia, malah revolusi pemakaian tudung ini telah berlaku di seluruh dunia. Mengikut laporan Kedudukan Ekonomi Islam Global 2015/2016 dianggarkan pengguna Islam membelanjakan sebanyak AS$230 bilion (RM943 bilion) untuk fesyen pakaian pada tahun lalu dan dijangka melonjak sehingga AS$327 bilion (RM1,340 bilion) menjelang tahun 2019.

Tidak hairanlah, wanita Arab yang dikenali lebih selesa mengenakan jubah dan hijab berwarna hitam manakala di Afrika dengan turban tradisionalnya, turut tampil memberi kelainan apabila menyarungkan pelbagai jenis rekaan, corak dan warna yang jarang dilihat.

Bagaimana revolusi ini boleh berlaku? Semua kerana maklumat tanpa sempadan Internet yang mudah diperolehi kini serta kuasa media sosial yang membolehkan segala trend yang berlaku di seluruh dunia dikongsi bersama termasuklah dalam memperkenalkan pelbagai jenis rekaan tudung.

Jika dahulu, tudung hanya dijual sekitar RM5 hingga RM15 sahaja, namun kini harga tudung boleh mencecah sehingga rm7,000 untuk koleksi eksklusif, manakala tudung biasa boleh mencecah sehingga rm500 sehelai.

Jadi, jenama atau kualiti yang dititikberatkan oleh wanita berhijab dalam pemilihan tudung?shawl-plain-cotton-p12666a

Kini, hanya kerana tudung yang telah dilabelkan mampu dijual dengan harga yang tinggi, sehingga kadang-kadang difikirkan tidak mampu dicapai dek akal.

Obses golongan wanita terhadap tudung popular ketika ini tidak terhenti dengan membeli koleksi terbaharu yang dikeluarkan, malah tudung yang telah pakai (pre-loved item) selain kotak simpanan tudung (scarf box) yang menarik turut menjadi rebutan.

Usah sempitkan mentaliti dengan pemilihan tudung berdasarkan harga kerana banyak persamaan yang boleh didapati samaada tudung murah ataupun mahal.

Pilihlah tudung yang berpatutan harganya, mampu milik kerana tanpa memiliki tudung yang harga ratusan ringgit juga, kita masih mampu nampak ‘fashionble’,yang penting menutup aurat seperti yang disyariatkan.

Di sini, penulis kongsikan kelebihan yang diperolehi jika anda membeli tudung yang murah. Jika kena dengan padanannya, tudung yang murah, mampu membuatkan anda kelihatan ‘eksklusif’, jadi kenapa perlu membazir?

1. Boleh didapati di mana sahaja.
– anda tidak perlu berasak-asak pergi ke butik tudung terkenal semata-mata untuk membeli tudung. Ada yang sanggup beratur dan tidur di depan butik hanya kerana sehelai tudung.

Walaupun membeli tudung dengan harga yang murah, fungsinya tetap sama iaitu menutup aurat.

2. Menjimatkan wang.
– hidup di zaman yang serba moden ini memerlukan banyak komitmen. Anda mungkin berfikir bagaimana cara untuk ‘cut-cost’ daripada perbelanjaan seharian bukan?Jadi inilah caranya. Daripada membeli pakaian atau tudung yang berjenama, bertukarlah kepada tudung yang murah. Ia mampu menjimatkan kos bulanan anda.

3. Tetap cantik.AIDIJUMA 2
– tidak semestinya tudung murah tidak cantik untuk dipakai. Anda cuma perlu pandai memilih dan menggayakannya.

Jika anda membeli tudung mahal, tetapi tidak pandai menggayakannya, ia juga merupakan satu pembaziran.

4. Pelbagai pilihan dan corak.
– pernah tak anda ternampak jenis tudung berjenama yang anda beli turut dijual di pasar malam menggunakan fabrik dan corak yang sama? Pasti anda menyesal bukan?

Jika anda bijak memilih dan bijak menggayakannya, pasti ramai tidak dapat bezakan antara tudung murah dan berjenama.

5. Kepuasan berbeza.
– memakai tudung yang berjenama mungkin memberikan kepuasan kepada si pemakai, tetapi jika anda mendapat pujian yang melimpah-ruah daripada rakan-rakan tentang tudung yang anda pakai walaupun murah, tentu anda akan lebih puas hati.

Oleh itu, pilihlah tudung dengan bijak untuk tampil menawan dan anggun. Murah atau mahal bukan isunya. Membeli dengan hasil titik peluh sendiri walaupun sehelai tudung murah, sudah cukup bermakna.

1538761_496677370449411_89744274_nBerikut merupakan senarai jenama tudung yang popular dikalangan wanita ‘gila tudung’.

– Duckscraf RM120 – RM220
– Naelofar RM53 – RM89
– Sugarscarf RM39 – RM200
– Ariani RM25 – RM450
– Fareeda RM80 – RM200
– Bokitta RM89 – RM169
– Bawal Exclusive RM45 – RM7, 000
– AnggunZara RM35 – RM49
– Al Humairah Contemporary RM35 – RM45
– Owl by Nora Danizh RM59 – RM149
– Padusi by Rozita Che Wan RM50 – RM250
– J Hijab by Umie Aida RM100 – RM450
– Radiusite RM39 – RM89
– Aidijuma RM10 – RM35
– Pearl Haya RM59 – 359
– Jelita Sara RM39 – RM129
– Sincerelyshawlbyus RM20 – RM45
– Mumuscarves RM39 – RM89







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker