Kategori Ragam

Lelaki gergaji ‘tanduk’ di leher

leher_tandukBEIJING 25 Julai 2016 – Seorang lelaki di wilayah Hubei di sini terpaksa menggergaji ‘tanduk’ yang tumbuh di leherbya sejak 30 tahun lalu bagi mengelakkannya panjang.

Li Zhibing, 62 tahun berkata, dia akan mengalami demam jika tanduk itu panjang dan mengakibatkan lehernya akan membengkak.

Tambahnya lagi, tanduk yang tumbuh di lehernya itu merimaskan kerana mengganggu setiap kali ingin membasuh rambut atau menyarung pakaian.

Li begitu terdesak ingin mengetahui apakah punca tanduk tumbuh di lehernya dan semakin membesar sejak 1980. Dia cuba menyapu dan memakan herba bagi mengawal pertumbuhan tanduk tersebut,namun gagal dan tetap memanjang sehingga 15 sentimeter.

Di China, kisah tanduk di leher bukanlah perkara yang asing,kerana sebelum ini turut dilaporkan seorang wanita mengalami nasib yang sama seperti Li.nenek

Zhanf Ruifang, 101 tahun,mengalami nasib yang sama memberitahu, dia enggan bertemu dengan doktor bagi membuang tanduk yang tumbuh di dahinya kerana gembira menjadi tarikan orang ramai.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker