Kategori Ragam

Teksi jadi objek luah hasil seni pereka fabrik

teksi_comeyTeksi merupakan pengangkutan utama buat para pelancong. Tidak hairanlah jika negara-negara maju akan sedaya upaya menyediakan perkhidmatan teksi dengan menggunakan model kereta mewah agar dipandang tinggi oleh para pelancong.

Di Malaysia, anda pernah tak lihat teksi yang cantik terutamanya di Kuala Lumpur? Mungkin ada tetapi tidak banyak. Sebenarnya, teksi atau pemandu teksi secara tidak langsung merupakan duta kepada sesebuah negara.

Di Mumbai, India, mengubah teksi kepada teksi yang cantik, menarik dan penuh kesenian merupakan satu projek inspirasi yang dipanggil sebagai projek teksi fabrik.

Teksi di India melambangkan cebisan ikon budaya di negara tersebut dan projek ini merupakan cara bagaimana mereka membekalkan perkhidmatan selesa buat para penumpang. Mumbai yang terkenal dengan negara yang mempunyai banyak teksi dan setiap pemandu teksi mempunyai cara tersendiri untuk menonjolkan teksi mereka supaya menjadi pilihan para penumpang.teksi_fabrik

Projek teksi fabrik ini bertujuan untuk menjadikan teksi sebagai objek supaya pereka fabrik boleh menunjukkan reka bentuk yang unik dan menarik kepada orang ramai untuk menaiki teksi.

Reka bentuk unik dan menarik akan digunakan dibahagian dalaman teksi sebagai kanvas. Kerjasama antara pemandu dan pereka adalah untuk mencipta satu ruang bagi pereka menunjukkan idea dan bakat mereka menerusi teksi fabrik. Nama setiap pereka akan diletakkan di bahagian belakang tempat duduk pemandu agar setiap penumpang boleh mengetahui siapakah pereka fabrik tersebut.

teksi_lawaMenarik bukan?Jika pemandu teksi di Malaysia ini membuat perkara yang sama,pasti orang ramai akan menjadikan kenderaan mereka sebagai pengangkutan untuk ke destinasi yang diingini. Maka secara tidak langsung, tidak timbul isu berkaitan pemandu teksi yang sering kita dengar sekarang ini.Ops!







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker