Kategori Sains & IT

Samsung Galaxy Note 7 temui peminat Ogos ini

Samsung-Galaxy-Note-7-3-640x342KUALA LUMPUR 19 Julai 2016 – Laman sosial rasmi Samsung Mobile telah memuat naik sebuah gambar seakan ciri telefon pintar model Samsung Galaxy Note 7 sekaligus menamatkan penantian kepada peminat yang berkira-kira bilakah ia akan dilancarkan.

Laman sosial Samsung memaparkan tarikh 2 Ogos sebagai tarikh pelancaran model terbaharu Samsung Note 7.

Phablet popular keluaran Samsung itu digambarkan dengan rekaan pen stylus yang menjadi identiti model Note dipasaran namun angka 7 yang turut hadir dalam gambar itu memberikan satu dimensi baharu.

Pen stylus yang dipertingkatkan keupayaannya bagi pengalaman yang lebih baik serta menaik taraf kamera utama setanding dengan siri S yang terdapat pada S7 dan S7 Edge.

Jika sebelum ini model terbaharu bagi Galaxy Note adalah Note 5 maka dengan ini sudah pasti Samsung melompat satu nombor bagi meletakkan phablet mereka sebaris dengan siri 7 yang diguna pakai pada Galaxy S7 dan S7 Edge.

Gambar Note 7 sudah dikongsikan oleh beberapa laman web teknologi elektronik sejak berbulan lalu dengan memperlihatkan ia adalah pertama kali Samsung menampilkan model Galaxy Note dengan skrin dwi lengkung.

Ciri ini dilihatkan sama seperti ciri yang terdapat pada model S7 Edge yang memberikan satu fungsi yang lebih menarik bagi penggunaan yang maksimum bagi pengguna merasainya.

Selain itu ia bagi memudahkan pihak Samsung dan pengguna dalam memberi penanda aras teknologi terkini mereka pada satu siri nombor yang sekata bagi setiap peranti keluaran mereka.

Berdasarkan beberapa laporan yang dikeluarkan oleh pemerhati, Note 7 ini kelak akan dilengkapi skrin 5.7 inci Quad HD AMOLED dengan kelajuan sehingga 6GB RAM selain fungsi kamera utama sehingga 12 megapiksel.

Bukan itu sahaja, ada juga yang melaporkan ia turut dilengkapi ciri keselamatan tercanggih dengan menggunakan pengimbas iris bagi mengunci dan membuka phablet ini.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker