Kategori Ragam

Nenek 71 tahun kahwini remaja 17 tahun

Screen Shot 2016-07-17 at 2.17.30 PMLONDON, 17 Julai 2016 – Kalau dah jodoh. Siapa sangka seorang wanita berusia 71 tahun dilamar dengan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun selepas mereka berkenalan di majlis pengebumian anak lelaki wanita tersebut.

Wanita itu, Almeda Erell yang mempunyai empat orang anak berkata dia tidak menyangka akan berkahwin dengan Gary Hardwick selepas bertemu dalam majlis pengebumian anak lelakinya, Robert, 45, yang meninggal dunia akibat sawan.

“Di sebalik kesedihan kerana pemergian Robert, saya bertemu jodoh buat kali kedua dengan lelaki yang muda 54 tahun daripada saya.

“Saya tidak pernah terfikir sama sekali, Hardwick yang merupakan rakan baik isteri Robert menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan saya,” kata nenek kepada seorang cucu yang berusia 21 tahun itu.

Menurut Erell, dia terkejut apabila remaja yang berusia 17 tahun itu mempunyai keinginan terhadap seseorang yang sudah berstatus nenek.

“Saya tidak berniat mencari pasangan muda tetapi dilamar oleh Hardwick. Saya katakan kepadanya saya mungkin sudah gila tetapi kami saling menyayangi selepas itu,” ujarnya.

nenek_mudaErell, yang kehilangan uami pertama Erell, Donald, mati pada 2013 akibat kencing manis – telah berkahwin dengan suami barunya itu pada Oktober tahun lepas.

Hardwick, yang kini sudah berusia 18 tahun, masih lagi mempunyai ibu, Tammy yang berusia 48 tahun dan nenek, Carolyn yang sebaya dengan isterinya sekarang.

“Kehidupan sekarang menjadikan saya berasa seperti seorang remaja semula,” kata Erell lagi.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker