Kategori Destinasi

Taman Tema Air Bangi Wonderland dibuka 27 Julai ini?

bangi-wonderland-e1455982803693-700x384Taman Tema Air Bangi Wonderland dikhabarkan bakal dibuka pada 27 Julai ini. Pasti ramai ibu bapa yang tidak sabar mahu bawa anak-anak ke sini bukan? Tidak perlu bersusah payah melalui perjalanan yang jauh kerana boleh menikmati percutian taman tema di kawasan bandar.

Taman tema ini terletak di Bangi Avenue, berhadapan dengan Pasaraya CS. Dikatakan lebih daripada 15 permainan air disediakan untuk keseronokan berganda buat para pengunjung. Di sini juga dikatakan akan mempunyai gelongsor air terpanjang di Malaysia.

Namun,tiada lagi pengumuman rasmi dibuat oleh pihak Bangi Avenue.Malah harga tiket juga masih belum diumumkan. Bersabar ye! Taman-Tema-Bangi-Wonderland-III

Sementara menantikan pembukaan Taman Tema Air Bangi Wonderland, penulis kongsikan kepada pembaca senarai taman teman air yang menarik di negara ini yang boleh dikunjungi.

Desa Water Park, Kuala Lumpur.
– Mungkin ramai yang tidak perasan dengan kewujudan taman tema air ini. Dengan harga tiket RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahum dan tinggi tidak melebihi 2.5 kaki, harga yang ditawarkan berpatutan untuk seisi keluarga.

Carnivall Water Park, Sungai Petani,Kedah.
– Harga tiket yang ditawarkan sebanyak RM25 untuk dewasa dan RM19 untuk kanak-kanak dan caj RM5 akan dikenakan pada cuti hujung minggu, cuti umum, cuti sekolah.

Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.
– Dikelilingi deretan apartmen, anda boleh memilih untuk membayar bagi masuk ke swimming pool sahaja, atau mengambil pakej dengan penginapan.

Wet World, Shah Alam,Selangor.
– Dengan harga tiket RM20 untuk dewan, RM16 untuk kanak-kanak di antara ketinggian 90 hingga 130 sentimeter dan percuma bagi mereka di bawah ketinggim 90 sentimeter, taman tema air ini miliki keistimewaan tersendiri.

Dengan ketinggian air yang tidak melebihi satu meter, ia selamat untuk kanak-kanak.

131022122232-9-legoland-malaysia-waterpark-horizontal-large-galleryLegoland Water Park, Johor.
– Taman tema ini menawarkan lebih 20 gelongsor air dengan 40 buah permainan interaktif yang pasti menarik minat pengunjung. Zon permainan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu keluarga, kanak-kanak bawah 5 tahun dan kanak-kanak atas 5 tahun.

Lost World Of Tambun,Perak.
– Bukan sahaja menyediakan pelbagai aktiviti menarik di taman air, malah di sini juga orang ramai boleh berhibur di taman tema kering, bermain dengan haiwan di Petting Zoo, melihat harimau Siberia yang eksotik di Tiger Vallet, mempelajari sejarah perlombingan bijih timah di Tin Valley, dan merawat kesihatan di lapan kolam air panas. Harga masuk berbeza mengikut pakej yang dikehendaki.

Marina Water Park, Teluk Batik, Perak.
– Taman tema air yang pertama di Daerah Manjung ini terletak di dalam kawasan Resort Marina Cove dengan keluasan 80 ekar. Tiada bayaran dikenakan kepada penginap resort, tetapi dikenakan harga yang berpatutan buat orang ramai.

Melaka Wonderland Theme Park & Resort,Melaka.
– Terletak berhadapan Zoo Melaka, taman tema ini dikelilingi oleh hutan rekreasi seluas 360 hektar dan menawarkan lebih 12 tarikan. Harga yang dikenakan untuk orang dewasa adalah RM37.90, kanak-kanak RM32, warga emas RM18.95, pelancong asing dewasa RM45, kanak-kanak 37.90, dan warga emas RM22.50.

A Famosa Water World, Melaka.
– Sanagat popular di Melaka kerana dilengkapi dengan kemudahan rekreasi dan permainan air. Harga yang dikenakan bergantung kepada pakej yang ditawarkan oleh pihak resort.

Antara tarikan di taman tema ini ialah luncur air setinggi tujuh tingkat. Selain itu, turut menawarkan kawasan riadah seperti kawasan layang-layang, pusat ekuestrian, pusat memanah, laluan berbasikal dan kolam memancing.

IMG_4353-1080x420Kenyir Water Park, Terengganu.
– Taman tema ini berlatar belakangkan keindahan Tasik Kenyir yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong. Pengunjung perlu menaiki bor dati Pengakalan Gawi yang akan membawa mereka menyeberangi tasik untuk ke Pulau Poh di mana terletaknya taman tema air itu.

Kubang Gajah Mini Water Park, Temerloh, Pahang.
– Meskipun belum dikenali ramai, namun taman tema bersebelahan Mini Stadium Temerloh ini menjadi tumpuan penduduk setempat yang ingin beriadah bersama keluarga. Di sini juga kolam mandi dibahagikan mengikut kedalaman sesuai untuk peringkat umur.

Pengunjung dewasa dikenalan bayaran sebanyak RM10, manakala kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas RM8.

Wet World Water Park, Batu Pahat,Johor.
– Kawasan seluas 44 ekar ini asalnya merupakan tapak bekas lombong berdekatan dengan Pantai Merdeka yang terkenal satu ketika dulu.

Selain bermandi-manda, pengunjung juga boleh memancing dan berperahu di tasik. Kadar bayaran dikenakan mengikut ketinggian iaitu 135 cm hingga ke atas, RM18 dan 85cm hingga 135cm, RM15.

Gold Coast Morib Water Theme Park, Banting,Selangor.
– Resort percutian keluarga ini memang menjadi tumpuan penduduk di sekitar Selangor. Terletak di bahagian tengah tempat penginapan, taman temanya yang luas dengan gelongsor yang panjang di reka seperti’badan naga’ menjadi tarikan.goldcoastmoribwaterpark1

Walaupun terletak dalam kawasan resort, namun taman tema inidibuka kepada orang awam.Bagi mereka yang tidak menginap di resort tersebut, bayaran sebanyak RM25 di kenakan bagi usia 12 tahun ke atas dan 2 hingga 11 tahun sebanyak RM15.

Tiram Indoor Water Park, Johor.
– Taman tema ini menawarkan kolam renang dengan keluasan 26, 000 kaki persegi dan mampu menampung 1,000 pengunjung dalam satu masa. RM15 dikenakan untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak namun harganya meningkat RM5 pada hujung minggu dan cuti umum

Escape Waterplay, Penang.
– Ia merupakan satu-satunya taman tema air yang ditawarkan di negeri Pulau Pinang.

 

*Kadar bayaran mungkin sudah berubah semasa artikel ini diterbitkan.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker