Kategori Sains & IT

Fenomena matahari tegak di atas Kaabah hari ini

2_54KUALA LUMPUR 15 Julai 2016 – Bertuahnya bagi mereka yang berada di Mekah pada hari ini kerana boleh menyaksikan kejadian alam yang sangat istimewa apabila matahari akan berada tegak 90 darjah di atas Kaabah.

Matahari akan berada tegak di atas Kaabah hari ini, untuk kali kedua dan terakhir bagi tahun ini.

Presiden Persatuan Astronomi Jeddah, Majid Abu Zahir berkata, keadaan itu akan berlaku jam 12.27 tengah hari (5.27petang waktu Malaysia) selepas azan Zuhur.

Menurutnya, matahari itu akan berada di tengah-tengah kaabah tanpa sebarang bayang ketika itu.

Keadaan astronomikal itu yang dikenali sebagai Istiwa Azam akan membantu penetapan arah kiblat bagi mereka yang tinggal jauh dari Makkah.

Ia boleh dilakukan dengan mengawasi bayangan kayu yang dicacak tegak di tanah. Arah Kiblat ialah yang bertentangan dengan bayangan kayu itu.

Kali pertama matahari berada tegak di atas Kaabah tahun ini ialah pada 27 Mei lalu.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker