Kategori Niaga

PM rasmi projek jajaran sambungan LRT

KUALA LUMPUR 1 Julai 2016 – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam telah merasmikan pembukaan Projek Penyambungan Jajaran LRT bernilai RM8 billion yang menghubungkan kedua-dua laluan Kelana Jaya dan Ampang.

13570371_10206634573850273_1617882790_oProjek tersebut sekaligus dapat memberi manfaat kepada kira-kira dua juta orang penduduk di kawasan Lembah Klang khususnya yang menetap di daerah Petaling Jaya.

Najb berkata, projek tersebut bakal menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi negara khusunya bagi kawasan Lembah Klang.

“Projek ini bukan sahaja akan menjadi pencetur kepada transformasi pengangkutan awam udara tetapi akan menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi,” katanya.

Najib berkata demikian ketika merasmikan pembukaan penuh projek Penyambungan Jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) di stesen Putra Heights, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Ismail Adam dan pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar.

Tambah Najib,projek ini diberi perhatian dalam usaha menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam sekaligus mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

13575562_10206634574090279_2131522491_o

“Kajian yang dibuat oleh Bank Negara menunjukkan bahawa kesesakan lalu lintas jalan raya boleh menyebabkan pengurangan pertumbuhan Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak dua peratus.

“Jadi kalau kita dapat pengangkutan awam yang efisien, kurang kesesakan lalu lintas maka, kadar pertumbuhan negara boleh bertambah sebanyak dua peratus,” tambahnya.

13579891_10206634574330285_1767190203_o

Tambahan jajaran sepanjang 35.1km itu menghubungkan kedua-dua laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang/Sri Petaling. Ia melibatkan pembukaan 12 stesen baharu untuk Laluan Kelana Jaya dan 11 stesen baharu untuk laluan Ampang/Sri Petaling.

Projek ini dijangka menyumbangkan tambahan 300 ribu penumpang sehari untuk perkhidmatan rel Rapid KL.

Jajaran tambahan Laluan Kelana Jaya sejauh 17.4km meliputi kawasan penempatan tinggi dan perniagaan sekitar seperti Subang, Glenmarie, Subang Jaya dan USJ dijangka menyaksikan tambahan 170 ribu penumpang sehari.

Sambungan jajaran untuk laluan Ampang sepanjang 17.7km melalui taman-taman perumahan dan komuniti bisnes di Bandar Kinrara, Puchong Prima, Puchong Perdana dan Pusat Bandar Puchong, akan meningkatkan jumlah penumpang sehari kepada 130 ribu.

Tepat jam 6 petang, sambungan untuk kedua-dua laluan Kelana Jaya dan Ampang telah beroperasi sepenuhnya.

Gambar oleh : Hiekal Rosli







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker