Kategori Niaga

Proton lancar Perdana baharu

PUTRAJAYA , 14 Jun 2016 – PROTON Holdings Bhd hari ini memperkenalkan Proton Perdana generasi ke-4 baharu dengan menampilkan rekabentuk kereta yang eksekutif , canggih serta bergaya.

Pelancaran disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hadir sama pada majlis itu Pengerusi PROTON, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

13445921_10206514093718345_372987559_oTurut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri MITI II, Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah.

Pelancaran Proton Perdana baharu itu sekaligus menunjukkan  PROTON telah kembali ke dalam pasaran segmen D dengan varian 2.0 liter dan 2.4 liter.

Ahmad Fuaad berkata, pengeluaran Perdana tahun 2010 akan dihentikan dan pihaknya kembali mengeluarkan Perdana baharu selari dengan permintaan pengguna.

“Harapan orang ramai untuk melihat Perdana baharu dikeluarkan telah mendorong kami untuk menghasilkan kereta yang bergaya dengan tahap keselesaan yang tersendiri. Kami mahu menyediakan pengalaman yang baharu kepada pengguna.

“Perdana baharu ini juga melambangkan hasrat baharu PROTON untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggan,” kata Ahmad Fuaad.13467394_10206514093758346_556794686_o

Perdana baharu ini telah menerima sebanyak 900 tempahan dari seluruh negara sejak Februari 2016 dan PROTON mensasarkan kira-kira 3,000 buah kereta pada akhir 2016.

Harga jualan sebanyak RM113, 888 bagi varian 2.0 disertakan dengan enjin SOHC empar silinder 16 injap yang mampu menghasilkan 154 kuasa kuda dan 189Nm tork, manakala RM138, 888 bagi varian 2.4 pula disertkan enjin DOHC dengan empar silinder 16 injap yang menghasilkan 178 kuasa kuda dan 222Nm tork.

Tambah Ahmad Fuaad, Perdana baharu ini turut menonjolkan ciri kelas tinggi dan eksklusif serta anggun, ciri luaran yang aerodinamik, ‘sayap’ jeriji depan PROTON yang tersendiri,lapu utama projektor HD, gabungan lampu belakang LED,penghawa dingin dua zon, dan sensor parkir kereta depan belakang beserta kamera undur, menjadikan kereta ini amat seronok untuk dipandu.14perdana2.transformed_0

“Dengan sistem navigasi GPS dan maklumat hiburan PROTON terkini, kereta ini membenarkan pengguna mengoptimum dan menyesuaikan persekitaran pemanduan dengan menjadikan perjalanan lebih selesa dan yakin.

“Kami bersyukur kerana mempunyai jumlah pengikut yang ramai dan menunjukkan minat yang mendalam terhadap Perdana baharu ini.Oleh itu, kami tidak akan mengecewakan harapan mereka dan mengambil masa bagi memastikan Perdana baharu ini bersedia untuk dilancarkan,” tambahnya.

13446134_10206514093878349_256347163_oPerdana baharu ini diperkenalkan dengan enam warna iaitu Ruby Red, Sterling Silver, Graphite Grey, Cotton White,Midnight Black dan Citrine Gold.

Perdana generasi keempat ini boleh dilihat di semua bilik pameran PROTON di seluruh negara dan boleh ditempah dengan bayaran deposit RM1,000. Pandu uji kereta ini hanya boleh dilakukan di bilik pameran PROTON terpilih dan para pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Khidmat Pelanggan ditalian 1 800 888 398 untuk maklumat lanjut.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker