Kategori Hiburan

Gillian Anderson bakal Bond wanita pertama?

jane bondPeminat bintang utama X-Files, Gillian Anderson, berharap penerbit francais perisik handalan 007, MGM Studios menunaikan impian mereka untuk melihat pelakon pujaan mereka membintangi tersebut.

“NAMA saya Bond. Jane Bond.” Apa akan jadi jika ini dialog pengenalan yang bakal digunakan dalam filem Bond seterusnya?

Gosip hangat tersebut mula tersebar setelah pelakon siri televisyen The Fall itu memuat naik poster filem yang disunting dengan memaparkan dirinya sebagai Bond terbaharu di akaun Twitter.

It’s Bond. Jane Bond. Thanks for all the votes! (And sorry, don’t know who made poster but I love it!) #NextBond — Gillian Anderson (@GillianA) May 21, 2016

“Ini Bond. Jane Bond. Terima kasih atas undian semua! (Saya tidak tahu siapa yang buat poster ini tetapi saya sukakannya!” ujar Gillian dalam tweet tersebut.

Undian yang dinyatakan oleh Gillian merupakan kempen media sosial yang menggunakan hashtag#NextBond untuk memilih calon perisik rekaan Ian Fleming tersebut.

Kempen tersebut dijalankan bermula minggu lalu selepas pelakon Bond semasa, Daniel Craig menolak tawaran bernilai 68 juta pound (RM409 juta) untuk membintangi dua lagi filem 007, lapor The Guardian.CjA1natWsAIBEq1

‘Cadangan’ Gillian menjadikan Twitter meriah dengan sokongan para peminatnya:

@GillianA 💯 I’d watch the hell outta that 😍 #NextBond #JaneBond
— Leslie-Ann (@Leslie_Belivet) May 22, 2016

if gillian anderson was the next james bond i would be so happy
— dana scully tommy (@txfscuIly) May 21, 2016

honestly… if idris elba or gillian anderson aren’t the next james bond what is even the point
— leo ☘ (@galpals_) May 22, 2016

Oooooo I love that idea of Gillian Anderson for Bond omg
“Bond. James Bond.”
“James?”

“Jamie. But everyone calls me James.”
— eliza (@allwalshedout) May 20, 2016

My mum is one of the biggest James Bond fans I know and he said Gillian should be bond so she should be bond
— charlotte✨ (@bensonscully) May 21, 2016

 

Antara yang pernah disebut-sebut sebagai James Bond baharu termasuklah bintang utama Luther Idris Elba, Tom Hiddleston (Night Manager), Tom Hardy (The Revenant), dan Damian Lewis (Homeland).

x-filesGillian Anderson Leigh dilahirkan di Chicago,Illinois pada 9 Ogos 1968 dan membesar di London. Gillian mula dikenali sejak memegang watak sebagai agen FBI sebagai Dana Scully dalam siri TV, X-Files.

Siri TV X-Files boleh dianggap sebagai suatu ledakan kepada genre sains-fiksyen. Pada pertengahan tahun 90-an siri ini pernah memenangi beberapa anugerah dan telah mendapat rating penonton paling tinggi di dunia.

Jadi tidak hairanlah siri The X-Files mampu beratahan selama sembilan tahun dari tahun 1993 hinggalah ke tahun 2002 dan berjaya menghasilkan sembilan musim  sepanjang rancangan ini disiarkan.

Walaupun telah 13 tahun ditamatkan, namun siri X-Files diingati sebagai antara siri paling ikonik dalam sejarah industri televisyen.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker