Kategori Hiburan

Fara Fauzana ‘bina masjid’ di Sepanyol?

Fara FauzanaFara Fauzana bina masjid di Sepanyol? Sering kali kita dengar, ‘bina masjid’ ialah perumpaan untuk pasangan yang akan mendirikan rumahtangga. Adakah Fara akan mengakhiri zaman bujangnya?

Sebenarnya, Fara dan beberapa selebriti wanita negara ini berangkat ke Sepanyol pada April lalu bagi menyertai program amal pertubuhan Ukhwah For Ummah.

Misi kemanusiaan itu bertujuan untuk mengutip dana bagi membina masjid di Sepanyol.

Fara bersama Heliza Helmi, Fynn Jamal dan Diana Amir berada di negara itu selama 10 hari bagi meninjau keadaan beberapa masjid dan masyarakat Islam di sana.

“Saya difahamkan masjid-masjid di sana terlalu jauh antara satu sama lain seperti jaraknya diantara Kuala Lumpur dan Pahang,” ujar bekas penyampai radio Hot FM ini.

Masjid Cordoba merupakan salah satu ribuan masjid yang telah hilang haknya untuk dijadikan tempat bersujud muslim. Masyarakat Islam di sana bersusah-payah untuk menunaikan solat sehingga perlu menyewa rumah kedai untuk dijadikan sebagai surau.

Ihsan FB Fynn Jamal.

Ihsan FB Fynn Jamal.

Tambah Fara, dia berasa sungguh terharu kerana dipanggil untuk menyertai misi ini walaupun telah dimaklumkan misi ini tidak memberikan apa-apa pulangan.

“Saya tidak pasti kenapa saya dipilih untuk menyertai misi ini. Cuma apabila dimaklumkan dipilih, saya diberitahu misi ini tidak memberi pulangan, tetapi bagi saya…inilah masanya,” tambahnya.

Menurut Fara, masyarakat Sepanyol melihat agama Islam sebagai agama yang indah dan dirinya turut memperoleh pengalaman dan pengajaran daripada misi kemanusiaannya itu.

“Saya belajar yang kita kena sentiasa redha, positif dan saling menghormati walaupun ada segelintir yang memandang sinis kepada agama Islam,” ujarnya lagi.

Fara meninggalkan kerjayanya sebagai penyampai radio Hot FM pada Februari lalu untuk mengukuhkan bidang pengacaraan yang diceburi selain sebagai pemceramah.

“Sebab saya berhenti dari Hot FM pun kerana saya mahu meluangkan masa lebih untuk diri sendiri selain melakukan perkara lain termasuklah memberi ceramah tentang penyiaran radio di universiti dan kolej,” katanya







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker