Kategori Hiburan

Yuna harumkan nama negara nyanyi lagu Olimpik Rio 2016

13083163_10154136287610879_5822772840951821134_nTidak keterlaluan jika dikatakan penyanyi kelahiran Malaysia yang sedang menempa nama Amerika Syarikat, Yuna, setaraf dengan penyanyi antarabangsa seperti Whitney Houston (One Moment in Time, Olimpik Seoul 1988) dan Celine Dion (Power of the Dream, Olimpik Atlanta 1996) kerana ketiga-tiga mereka telah diberi kepercayaan untuk membawa lagu tema acara sukan terpenting di dunia.

Yuna sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya dipilih menjadi salah seorang penyanyi untuk menyanyikan lagu promosi Sukan Olimpik 2016 bersama empat penyanyi yang lain. Lagu berjudul The Fire itu turut dinyanyikan oleh penyanyi Diogo Nogueira dari Brazil, Nneka dari Nigeria dan Corinne Bailey Rae dari Britain.Turut serta menyanyikan lagu tersebut ialah pemenang anugerah Grammy, Lenny Kravitz.

Temasya Sukan Olimpik 2016 akan berangsung di Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos ini.

Pemilik nama sebenar Yunalis Zarai ini menerusi lama Facebooknya berkata, beliau amat berbesar hati untuk mempromosikan lagu tersebut.

“Saya begitu berbesar hati untuk menjadi sebahagian kempen mereka. Ia adalah menyeronokkan dapat bekerja dengan mereka untuk lagu ini,” katanya.

Selain daripadalagu promosi Sukan Olimpik ini, Yuna juga dikatakan pernah merakamkan lagu tema Hari Wanita Antarabangsa, pereka fesyen Diane von Furstenberg dan lagu tema bagi Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sebelum ini, Yuna mendapat tempat di Amerika Syarikat apabila berkolaborasi bersama penyanyi antarabangsa ,Usherdengan single mereka bertajuk ‘Crush’.yuna-usher-collaboration-compressed

Klip video ‘crush’ yang berdurasi 4 minit 11 saat itu ternyata berjaya mencuri hati peminat Yuna di seluruh dunia. ‘Crush’ telah dilancarkan pada Februari lalu dan lagu ini akan turut dimuatkan di dalam album terbaru Yuna ‘Chapters’ yang akan dipasarkan pada Mei lalu.

Yuna yang mula dikenali menerusi lagu Dan Sebenarnya ini merupakan graduan jurusan undang-undang di Universiti Teknologi MARA. Namun, dengan bakat yang ada,Yuna mula belajar bermain gitar dan memuat naik ke laman sosial, Myspace dan menjadi perhatian peminat muzik.

Pencapaian Yuna seharusnya menjadi inspirasi kepada golongan belia tidak kira apa jua bidang yang diceburi.

TAHNIAH YUNA!

Yuna-I-Wanna-Go-video-stillPROFIL

Nama sebenar: Yunalis Mat Zara’ai
Nama komersial: Yuna
Tarikh lahir: 14 November 1986
Tempat lahir: Alor Setar, Kedah
Keluarga: Anak tunggal
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang
Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Idola: Fiona Apple, The Cardigans, Datuk Siti Nurhaliza
Album: Yuna Demo (2008), Yuna EP (2008), Decorate
(2010), Terukir di Bintang (2012), Yuna (2012)
TRIVIA

-Membesar di Subang Jaya, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
-Mula menulis puisi sejak berumur 14 tahun
-Menghasilkan lagu pertama ketika usia 19 tahun
-Belajar bermain gitar daripada temannya
-Mengikuti kelas piano ketika di darjah satu
-Muziknya banyak dipengaruhi artis 90-an
-Mula dikenali melalui laman sosial, MySpace
-Mempunyai band sendiri
Pencapaian:
-Tempat kedua (Anugerah Juara Lagu (AJL) 24), tempat pertama AJL 27
-Artis Baru Popular, (Anugerah Bintang Popular (ABP) 2009)
-Artis Baru Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, Lagu Terbaik (Anugerah Industri Muzik (AIM) 2009) Vokal Wanita Terbaik, Anugerah Kembara (AIM 2010) Breakthrough Artist, Best Popstar Award, The Ultimate Shout Awards (Shout Awards 2010)
-Penyanyi Wanita Popular (ABP 2010, 2011)
-Ikon Seni Malaysia (Ogos 2012)







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker