Kategori Niaga

Jutawan muda dan ‘cantik’ kongsi pengalaman

Namanya mula menjadi sebutan selepas hatinya dijentik untuk kembali kepada fitrah, kembali menjadi lelaki sejati, sesempurna yang dicipta Yang Maha Esa. Siapa sangka pemilik nama Mohd Safiuddin Ilias atau lebih dikenali sebagai Safiey Ilias ini, dikenali sebagai jutawan muda dan kini namanya disebut dan menjadi inspirasi masyarakat kerana ingin berubah menjadi seorang lelaki.

Dikurniakan akal yang cerdik, beliau yang berasal daripada Felda Lakum, Lanchang, Pahang ini memperolehi keputusan cemerlang bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) melayakkan beliau melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.

Safiey Illias 2Sedar akan kesusahan yang dihadapi ibu dan ayah, Safiey yang merupakan anak kelima daripada enam beradik ini mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan sebagai ‘dropship’ produk kecantikkan yang tidak memerlukannya mengeluarkan sebarang modal.

Pengalaman pahit getir yang ditempuhinya sehingga menjadikan beliau sebagai seorang yang berjaya sekarang dikongsikan dilaman rasmi peribadi Facebooknya ‘Safiey Ilias’ yang mendapat lebih kurang 3.5 ribu komen serta 2.4 ribu perkongsian.

Safiey Illias 3

“Saya tak macam anak orang lain yang tiap-tipa minggu ‘outing, ke bandar. Ada yang tiap-tiap minggu mak ayah datang hantar KFC. Sedapnya masa itu. Disebabkan desakan nak juga hidup senang sedikit seperti kawan yang lain disamping tidak perlu minta duit pada mak dan ayah, saya mula buat bisnes dari asrama. Ya, dari asrama,” katanya dalam ‘posting’ tersebut.

Tambahnya, beliau berjaya memperoleh antara RM50 sehingga RM200 untuk setiap produk yang dijual. Mungkin kerana pada masa itu tiada banyak persaingan dan pengguna masih membeli
walaupun dengan harga yang agak mahal. Hujung minggu sebagai seorang pelajar dimanfaatkan dengan meminjam laptop guru untuk menjalankan perniagaan dropshipnya.

“Di asrama tidak ada telefon, jadi saya menggunakan telefon awam di asrama untuk menelefon pembekal dan pembeli. Diwaktu malam, selepas kelas belajar, saya akan menelefon pelanggan.
Duit syilling dan kad telefon memang banyak digunakan. Saya akan bertanya kepada mereka mengenai bayaran. Jika bayaran telah dibuat, saya akan menelefon pembekal dan membacakan
setiap butir peribadi pembeli kepada mereka. Kemudian tugas pembekal untuk pengeposan barang,” ceritanya panjang lebar.

Perniagaan yang dijalankan mendapat untung yang lumayan sehingga membolehkan beliau menyimpan stok produk sendiri tanpa bergelar dropship atau orang tengah lagi. Beliau mula menjual
pelbagai jenis produk kecantikan.

Safiey Illias 4

Benar, doa merupakan ibadah rohaniah yang paling besar ertinya dalam Islam. Setiap insan akan merasa betapa tingginya penghargaan dan penggantungan dengan keagungan Allah SWT.
Setelah dilakukan usaha dan ikhtiar kemudian melakukan permohonan dengan penuh khusyu’ dan tawaduk, disertai dengan hati dan jiwa yang tenang serta mengharapkan sesuatu yang baik
daripada Allah SWT.

“Setiap hari saya berdoa nak dapat duit banyak. Alhamdulillah, Allah SWT makbulkan. Sehingga tingkatan lima, saya mempunyai simpanan RM200 ribu berkat perniagaan yang saya buat
semasa di asrama. Tetapi kerana tiada pengurusan wang yang baik dan mengikut jiwa remaja, duit simpanan hanya tinggal RM8 ribu sahaja.

“Pada umur 18 tahun, dengan hanya bermodalkan RM800, beliau mengeluarkan produk Aurora dan membuat spa di rumah. Pergi ke sana ke sini dengan menaiki teksi. Dengan usaha yang
gigih, pada bulan Jun 2013, ketika berusia 19 tahun, saya berjaya mendapat keuntungan bersih sebanyak RM1 juta,” ceritanya yang mampu memberi inspirasi kepada pengikutnya di laman
tersebut.

Sehingga kini, beliau memiliki beberapa buah kereta seperti Camry, Hilux, Mini Cooper, Audi dan Hummer, hasil daripada titik peluh dan semangatnya dalam bidang perniagaan.

Safiey yang mendapat jolokan jutawan muda dan ‘cantik’ ini memiliki sejarah tersendiri dalam mencapai kejayaan pada hari ini. Disebalik penghijrahan yang dilakukan terselit pahit manis dalam
mencapai cita-cita menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker