Kategori Politik

PRN Sarawak – Tambahan kerusi memihak kepada siapa?

 

SARAWAK_DUN (1)

KUCHING, Sarawak, 25 April, 2016 – Berkuatkuasa 5 Disember 2015, kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bertambah kepada 82 berbanding 71 sebelum ini apabila Dewan Rakyat meluluskan Usul Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak 2015.

Kesemua 11 kawasan baharu itu ialah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Bukit Semuja, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Bukit Goram, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Mulu.

Persempadanan semula menerusi pindaan undang-undang ke atas Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sarawak itu antara lain bertujuan meningkatkan taraf hidup ekonomi serta merancakkan pembangunan di negeri Sarawak.

Sementara urusan persempadanan itu pula tertakluk kepada peruntukan Fasal (3B) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

Selepas pembubaran DUN Sarawak 11 April lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini (25 April) sebagai tarikh penamaan calon, undi awal pada 3 Mei dan pengundian pada 7 Mei 2016.

Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan di 60 hingga 70 kerusi seterusnya dapat membentuk kerajaan negeri yang kuat.

IMG_5461

Organisasi BN Sarawak dikuasai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Berdasarkan rekod PRN10 pada tahun 2011, BN berjaya memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Manakala DAP menguasai 12 kerusi, PKR tiga dan Bebas satu.

Pada ketika ini BN dikatakan berdepan permasalahan dalaman parti komponen akibat perebutan kerusi. Namun Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berjaya mengawal keadaan apabila menubuhkan ‘Pasukan Adenan’ yang dilihat mantap untuk dijadikan jentera hadapan dalam PRN11 Sarawak.

Usaha Adenan dengan memperkenalkan calon langsung kelihatan membuahkan hasil apabila kesemua parti komponen kini mampu duduk semeja.

Calon langsung merupakan calon yang mewakili BN dengan menggunakan lambang dacing. Sejurus berakhir pilihan raya, calon itu boleh memilih dan menjadi ahli mana-mana parti komponen dalam BN.

IMG_5456

Ramai pemerhati politik berpendapat pengundi Cina yang menguasai kawasan bandar menolak mentah pemerintahan BN. Tetapi ia diramalkan berubah pada PRN11 kali ini apabila faktor Adenan atau lebih mesra dengan gelaran ‘Tok Nan’ menarik perhatian mereka.

Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Masyarakat Cina Kuching, Dr Chou Chi Ming, mengakui masyarakat Cina di Sarawak sudah menyedari Tok Nan sebagai ‘ketua menteri untuk semua rakyat Sarawak’.

Tambahan pula dasar-dasar pentadbiran Adenan yang begitu menonjol sejak bergelar Ketua Menteri Sarawak sukar dinafikan parti lawan.

Di samping itu, faktor Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyumbang kepada perubahan sokongan pengundi berbanding sebelum ini. Rekod 50 kali melawat Sarawak menjadikan hubungan kerajaan Persekutuan dengan negeri bertambah erat.

Sementara imej Najib dan BN yang dilemparkan dengan tohmahan dan fitnah berhubung isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion sudah pun terjawab. Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai Ahli Parlimen BN dan pembangkang sudahpun membuktikan bahawa tiada unsur kesalahan yang dilakukan Najib.

IMG_5447

Malah, sejumlah RM42 bilion juga dilaporkan tidak hilang sepertimana yang dituduh sesetengah pihak. Manakala dana politik yang didermakan oleh Arab Saudi sudahpun diakui dan dijelaskan sendiri oleh Menteri Luarnya, Adel al-Jubeir.

 

Musuh tradisi BN, DAP pula menyedari kekuatan BN di Sarawak untuk terus kekal memerintah Bumi Kenyalang itu. Dengan memenangi 12/71 kerusi pada PRN10 lalu membuatkan DAP mengidamkan pertambahan kerusi.

Menawan kawasan bandar dan menghebohkan penyertaan calon muda antara strategi kitar semula yang dimainkan DAP sejak beberapa siri pilihan raya sebelum ini. Barangkali tajuk-tajuk ceramah seperti kemasukan 40 ribu pengundi Bangladesh tidak lagi relevan seterusnya menggagalkan hasrat DAP menerusi slogan ‘Ubah’ dan ‘Ini kalilah’.

IMG_5454

Walaubagaimanapun, isu 1MDB, dana politik RM2.6 bilion dan kerajaan zalim serta korup dijangka akan terus didendangkan sepanjang tempoh berkempen PRN11 Sarawak berikutan kekurangan modal untuk menyerang BN.

Mesej awal dapat dikesan menerusi kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo yang mendakwa BN mengamalkan pemerintahan kuku besi.

Kata-kata itu terpacul daripada mulutnya apabila dihalang memasuki Sarawak. Katanya lagi, tiada amalan demokrasi melainkan ketakutan BN Sarawak untuk menghadapi kemaraan pihak pembangkang.

Perkataan ‘kuku besi’ digunakan bagi menenggelamkan penjelasan kerajaan negeri berhubung halangan terhadap beberapa individu termasuk pro-BN daripada memasuki Sarawak pada musim pilihan raya.

IMG_5460

Meletakkan calon semuda 26 tahun bagi berhadapan bakal calon BN membuktikan DAP kelihatan tidak serius pada PRN11 kali ini. Alasan untuk mengubah pemimpin veteran yang juga seorang adik kepada mantan Ketua Menteri Tun Taib Mahmud dilihat pemerhati politik sebagai strategi menghina parti lawan semata-mata, bukannya bersungguh-sungguh merebut kerusi. Mungkin bagi DAP, pengalaman seseorang calon bukan kayu pengukur kepada tahap kualiti seorang pemimpin.

Calon yang dianggap mustahil untuk menang, tidak ubah seperti buku cerita kanak-kanak berjudul ‘Sang arnab dan kura-kura’. Benar, mesej di dalam buku itu adalah baik namun kemenangan kura-kura mengatasi kepantasan arnab hanya berlaku dalam dunia fantasi.

Daripada 82, DAP berminat meletakkan calon mereka di 29 kerusi. Mengikut pecahan, 15 daripada kerusi tersebut diduduki majoriti masyarakat Dayak, 13 kerusi (Cina) dan satu (Bumiputera).

Selain PKR dan parti serpihan PAS iaitu Amanah, Parti Reformasi Sarawak (STAR) juga membarisi jentera sebagai parti pembangkang di Sarawak.

IMG_5457

Hasrat asal STAR untuk bertanding di 36 kerusi bertukar kepada hanya 10 kerusi akibat faktor kewangan sedikit sebanyak mewarnai musim pilihan raya ini. Ia seolah-olah menggambarkan kelembapan ekonomi di obawah pemerintahan BN sebagai modal berkempen.

PAS yang sering ‘dibuli’ dalam Pakatan Rakyat sebelum ini dijangka akan meletakkan 10 orang calon mereka bagi merebut kerusi yang dipertandingkan.

82 kerusi termasuk 11 kerusi tambahan dalam persempadanan semula, siapakah yang akan berjaya mendapat mandat sebagai wakil rakyat di Sarawak?

Adakah wakil rakyat yang diberikan mandat itu mampu memikul tanggungjawab dengan baik dan membela nasib pengundi Sarawak?







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker