Kategori Hiburan

P. Ramlee jatuh kerana kawan, bangkit dan lakar nama

Siapa tidak kenal dengan Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Setiap babak filem arahan dan lakonannya masih diminati dan segar sehingga ke hari ini. Adegan jenakanya masih menggelikan hati penonton berbilang bangsa sekalipun sudah ditonton berulang kali.

Pameran P Ramlee 001 - NU Sentral - Mac 2016Kejayaan P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dalam dunia seni adalah sesuatu yang tidak dinafikan oleh mana-mana pihak apatah lagi ia pernah mendapat pengiktirafan dari dalam dan luarnegara.

Pameran P Ramlee 002 - NU Sentral - Mac 2016Antara kejayaan yang pernah dirangkul beliau adalah Anugerah Pelakon Terbaik Asia 1957 pada Festival Filem Asia ke 4 di Tokyo, Jepun menerusi filem ‘Anakku Sazali’. Festival sama kali ke 10 pula menyaksikan filem berjudul ‘Ibu Mertuaku’ meraih Anugerah ‘Most Versatile Talent’ yang dirangkul pada tahun 1963.

“Dimana… kan ku cari ganti. Serupa… dengan mu…”

Pameran P Ramlee 005 - NU Sentral - Mac 2016Demikian antara bait lagu yang menyentuh hati. Inilah emas yang sukar dicari ganti. Emas yang bersadur pada insan bernama P. Ramlee.

Pada 9 – 20 Mac baru-baru ini, satu pameran ‘Legenda P. Ramlee 1929 – 1973’ telah diadakan dengan jayannya di pusat membeli-belah NU Sentral di ibunegara bersempena dengan memperingati ulang tahun kelahiran beliau iaitu pada 22 Mac.

Pameran yang dianjurkan oleh NU Sentral bersama Arkib Negara itu telah mengisi kalendar cuti persekolahan dengan mempamerkan pelbagai koleksi peribadi P. Ramlee ketika hayatnya dalam berkarya. Kesemua barangan berharga itu dibawakan khas dari Pustaka Peringatan P. Ramlee yang terletak di Taman P. Ramlee, Setapak, Kuala Lumpur.

Pameran P Ramlee 006 - NU Sentral - Mac 2016Ia termasuklah vespa, beca, alatan muzik, dokumen-dokumen peribadi, pakaian, pingat, trofi dan pelbagai koleksi lain. Bertambah menarik, pengunjung turut dihidangkan dengan tayangan pelbagai filem lakonan P. Ramlee di Wayang Pachak eksklusif atau teater mini khas yang ditempatkan di tapak pameran.

Sememangnya kualiti karya dan aura P. Ramlee sukar disaingi sehingga ke hari ini apabila orang ramai kelihatan bertali-arus mengunjungi tapak pameran tersebut.

Pameran P Ramlee 007 - NU Sentral - Mac 2016Penganjuran pameran yang diadakan di kawasan tumpuan awam dan pelancong asing sebegini adalah satu usaha yang harus dipuji. Sebagaimana hasrat utama Arkib Negara ketika membuka Pustaka Peringatan P. Ramlee pada 22 Mac 1986 antara lain bertujuan mengenang jasa dan sumbangan allahyarham dalam dunia seni tanah air.

Selain itu, ia juga diharapkan dapat menggalakkan kajian dan penyelidikan dalam aspek-aspek seni dan budaya negara.

Namun, kejayaan yang dikecapi P. Ramlee bukanlah semudah yang disangka. Beliau berdepan dengan pelbagai pengalaman sukar ketika dalam perjalanan seninya.

Gosip P. Ramlee yang kononnya jatuh cinta pada kakak ipar sendiri, Allahyarham Seniwati Mariani sekadar perbualan yang meniti di bibir masyarakat ketika itu. Hakikatnya ia cuma spekulasi sesetengah pihak bagi meraih populariti sendiri.

Pameran P Ramlee 008 - NU Sentral - Mac 2016‘Pergaduhan’ dengan pelakon yang tidak kurang hebatnya, Tan Sri Jins Shamsudin juga menjadi tajuk utama dunia seni pada zaman ‘hitam-putih’ suatu ketika dahulu. Ia bagaimanapun dilihat sebagai satu persaingan secara sihat dalam bidang yang diceburi. Kedua-dua insan seni ini sebenarnya mengikat tali persahabatan mereka yang barangkali tidak disedari ramai.

Pengalaman yang paling sukar dihadapi P. Ramlee adalah ketika beliau berhempas pulas memperjuangkan karyanya di Kuala Lumpur. Sahabat baik, Datuk Dr. Ahmad Nawab ketika menceritakan pengalamannya mengatakan bahawa penghijrahan P. Ramlee ke Kuala Lumpur adalah kerana berlakunya ‘gelora’ di bumi Singapura.

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Pameran P Ramlee 009- NU Sentral - Mac 2016Bait awal dalam lagu nanyian P. Ramlee, sekali lagi menusuk hati pendengar.

Kata Ahmad Nawab yang juga seorang seniman negara, gelagat dan karenah pelakon-pelakon muda di Singapura sedikit sebanyak menganggu perjalanan seni P. Ramlee. Malah, penghijrahan sebenar P. Ramlee ke Kuala Lumpur adalah disebabkan wujudnya komplot untuk menjatuhkannya di Singapura.

Pameran P Ramlee 010- NU Sentral - Mac 2016Enggan menerima khidmat pelakon Singapura walaupun mereka lebih berkualiti, P. Ramlee tetap cekal meneruskan perjalanan seninya dengan menghasilkan karya-karya walaupun tidak semua filemnya mendapat sambutan. Barangkali agenda komplot menjatuhkannya dijadikan sebagai pembakar semangat P. Ramlee untuk terus melakar nama di pentas layar perak.

Bukan sahaja menghasilkan karya yang berkualiti, tetapi generasi hari ini juga sewajarnya mencontohi kesungguhan P. Ramlee dalam mengejar cita-cita tanpa mengenal erti berputus asa.

Al-Fatihah buat allahyarham Tan Sri P. Ramlee.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker