Kategori Hiburan

Jelajah ‘Busking 4 Putra’ bantu pembedahan anak Azman (Flop Poppy)

KUALA LUMPUR, 7 Februari 2016 – Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bakal menganjurkan program jelajah busking di enam lokasi terpilih bagi mengutip derma membiayai pembedahan anak bekas pemain dram Flop Poppy, Azman Ismail, 44, yang bakal menjalani pembedahan 3 Mac depan.

“Pengurus Besar Karyawan, Ahmad Abdullah berkata, program bernama Busking 4 Putra itu menyasarkan kutipan sebanyak RM30,000 sebagai sumbangan kepada keluarga pemuzik itu untuk menanggung kos rawatan dan pembedahan bayi mereka.

IMG-20160205-WA0007

Adik Putra Azrullah

Bayi malang bernama Putra Azrullah kini berusia enam bulan mengalami masalah usus tidak bersambung sejak dilahirkan pada Oktober tahun lalu.

“Kami harap dengan program di enam lokasi ini iaitu dalam masa sebulan dapatlah dikumpulkan sebanyak RM30,000 sebelum bayi tersebut dibedah pada 3 Mac depan.

“Duit tersebut akan terus diberi kepada Azman untuk urusan pembedahan dan kos-kos rawatan lain yang diperlukan. Kami faham bukan senang untuk mencari jumlah sebanyak itu dalam keadaan ekonomi gawat ini,” katanya ketika sidang media Busking 4 Putra yang diadakan di Restoran Mcafe, baru-baru ini.

Enam lokasi tersebut adalah Dataran DBI, Ipoh dan Kuala Kangsar, Perak iaitu pada 13 & 14 Februari.

Manakala di Padang Kota dan Uptown Perda, Pulau Pinang pada 20 Februari.

Persembahan turut diadakan di Teluk Chempedak, Kuantan Pahang pada 27 dan 28 Februari sementara kemundaknya di Dataran Sogo pada 1 Mac depan.

Tambah Ahmad, dijangka seramai 100 orang pemuzik jalanan akan turut menyertai program tersebut di seluruh lokasi.

DSCN4419Selain itu, beberapa orang artis sudah mengesahkan kehadiran untuk terlibat dalam program amal ini di beberapa kawasan terpilih.

“Ramai kawan Azman sendiri sudah menyatakan kesudian untuk terlibat iaitu kita jangka 100 orang secara keseluruhan busker yang mahu memeriahkan program ini.

“Ada beberapa artis seperti Andy (Flop Poppy), Imuda, Aru R.O.B, Mie (Raja Lawak), Lola (XPDC), Shahrinband, Radhi Khalid, Rozita Rohaizad dan Rusty Blade akan terlibat di beberapa kawasan terpilih.

“Kami masih membuka peluang untuk artis-artis lain berkesempatan untuk datang memeriahkan keadaan,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu meringgankan beban bayi ini boleh menderma ke akaun peribadi mereka di 7612555277 (CIMB – Azi Fitrah Ahmad).

DSCN4413Azman mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Azi Fitrah Ahmad pada tahun 2014.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker